Pencarian MH370 hasilkan peta terperinci dasar laut

Pencarian meluas penerbangan hilang, MH370 telah meneroka dunia bawah laut yang belum pernah dijelajahi sebelum ini termasuk gunung berapi, lembah dalam dan rabung, menurut peta terperinci yang dikeluarkan oleh Australia.

Walaupun pesawat jenis Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines gagal ditemui sepanjang pencarian di selatan Lautan Hindi itu, sejumlah besar data yang memaparkan gambar terperinci dasar laut perlu dikumpulkan sebagai panduan operasi tersebut.

Saintis berharap peta baharu itu dapat memberikan pengetahuan lebih meluas tentang lautan.

“Dianggarkan hanya 10 hingga 15 peratus lautan di dunia ini dipetakan menggunakan teknologi yang digunakan dalam pencarian MH370. Pemetaan di Lautan Hindi itu adalah antara yang paling menyeluruh dan lengkap,” kata Ketua Geosains Alam Sekitar Agensi Geosains Australia, Stuart Minchin kelmarin.

Minchin berkata, peta itu sangat berguna untuk kajian saintifik pada masa hadapan termasuk penyelidikan oseanografi dan model habitat.

Australia, Malaysia dan China menghentikan usaha mencari di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi Lautan Hindi pada Januari lalu, hampir tiga tahun selepas MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang.

Dua bangkai kapal ditemui semasa operasi pencarian termahal itu, namun serpihan bangkai penerbangan MH370 masih gagal ditemui.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana