PENASIHAT DAP TIDAK AKAN BERSARA

Penasihat DAP, Lim Kit Siang diminta untuk menghentikan sandiwara mengenai persaraannya kerana rakyat tidak akan tertipu dengan cubaan terdesak Ahli Parlimen Gelang Patah itu untuk meraih simpati.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, setiap kali Kit Siang gagal sebagai pemimpin dia akan mengumumkan bahawa dirinya bersedia untuk berkorban dengan bersara untuk menyelamatkan DAP.

“Masyarakat tidak akan tertipu kali ini kerana diktator tidak akan bersara malah Kit Siang yang akan membuat orang lain bersara.

“Kit Siang hanya membuat tawaran persaraan untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalannya sendiri dan dia tidak pernah mempunyai niat untuk menyerahkan kepimpinan parti kepada Naib Presiden DAP, Dr. Tan Seng Giaw,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Kit Siang dilaporkan berkata, dia akan memulakan jelajah ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan dirinya bersara.

Tengku Sariffuddin berkata, masalah serius yang perlu ditangani oleh Kit Siang ialah melibatkan jawatan Setiausaha Agung DAP, Penang Official 1 (Lim Guan Eng) yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Tiada siapa yang bercakap mengenai pembatalan pendaftaran DAP kecuali Kit Siang dan penyokongnya.

“Mungkin Kit Siang berharap pendaftaran DAP dibatalkan dan separuh perwakilan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang menentang dirinya serta dinasti keluarga Lim disingkirkan,” katanya.

Beliau berkata, Kit Siang dinasihatkan supaya berhenti daripada menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk semua masalah yang melanda DAP.

“Sudah tiba masanya Kit Siang betul-betul bersara daripada pemerintahan ala diktator yang diamalkannya selama setengah abad,” katanya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana