Pembangkang panik RCI forex...guna Doj untuk alih perhatian - Annuar Musa

Keputusan Kabinet untuk membentuk Suruhajaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian forex yang dialami oleh Bank Negara - ada yang mengatakan pembabitan wang rakyat bernilai sehingga RM100 bilion - telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata ," Kita semua maklum mengenai dalang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar ini dan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Mahathir Mohamad dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

"Mereka tahu jika kebenarannya diketahui umum, pembangkang dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini boleh membawa padah besar dalam pilihanraya nanti."

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan Khamis

Beliau menilai oleh itu, pembangkang tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengitar semula laporan DoJ yang bermotivasi politik untuk membangkitkan isu 1MDB yang telah selesai. Ini hanyalah taktik lencongan.

" Pembangkang dan proksi merekalah yang bertanggungjawab melibatkan campur tangan negara asing dalam negara kita yang demokratik dan berdaulat ini dengan memberi maklumat kepada DoJ, satu perbuatan khianat yang amat mengaibkan bagi memuaskan agenda politik demi kepentingan diri sendiri.

" Pembangkang cuba memanipulasi laporan DoJ untuk mengalih tumpuan daripada isu RCI forex dan juga krisis dalaman yang berkaitan dengan keyakinan terhadap pucuk pimpinan Pribumi,"kata Annuar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana