Pecat Anwar kisah silam tak perlu diingati: Tun M...PEngikut Reformasi Jugak Jadi BODOH


Jika Anwar tak bersalah, maka Tun kena isytiharkan Anwar tak bersalah dan Tun mesti menyatakan dahulu beliau tipu sahaja. Tun kena mohon maaf kepada Anwar dan juga seluruh rakyat Malaysia kerana akibat penipuan Tun itu banyak masa, tenaga dan perbelanjaan digunakan untuk penipuan tersebut. Masa dan perbelanjaan yang digunakan seperti pasukan polis, peguam dan hakim yang digunakan tadi melibatkan perbelanjaan yang besar yang sepatutnya digunakan untuk perkara yang berfaedah untuk negara. Jika betul Anwar meliwat juga Tun kena nyatakan supaya rakyat Malaysia tidak tertipu oleh Anwar. Jika Tun sembunyikanperkara itu, maka Tun telah buat kesalahan, dimana negara akan menanggung akibat dari melantik seorang peliwat sebagai PM.

GEORGETOWN –  Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, 20 tahun lalu sebagai kisah silam yang tidak perlu diingati.

Mempertahankan tindakannya, Pengerusi Bersatu itu berkata, keputusannya memecat Anwar adalah  adalah ‘mengikut situasi ketika itu’.

“Sekarang berbeza, jika kita terus membawa kisah silam, kita tidak boleh bekerja dengan semua orang.

“Kamu akan terus berlawan dengan musuh kamu selama-lamanya dan ini adalah buruk. Saya tidak mahu terheret dengan kisah lampau,” katanya yang dipetik dalam sesi Facebook Live ketika menjawab soalan daripada Pengerusi Kumpulan Multimedia Thailand, Suthichai Yoon, kelmarin.

Dalam sesi itu, Suthichai menyoal sama ada bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu menyesal di atas perlakukannya terhadap Anwar sebelum ini.

Sebelum ini, Mahathir pernah membuat tuduhan terhadap Anwar dalam sidang medianya pada 1998 mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Dalam perkembangan sama, Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Mahathir membuat penjelasan, sama ada beliau masih berpegang kepada pendiriannya terhadap Anwar atau sebaliknya.

Beliau bagaimanapun dilaporkan enggan menyahut cabaran Najib dengan berkata, mahu melupakan perkara silam.

Mahathir juga menyatakan Pakatan Harapan dengan sekutu baharunya perlu bekerjasama untuk menjatuhkan BN dan Umno.

Lupakan kisah lalu?
Tu yg duk kat dalam tu,
Akibat perbuatan buruk kamu memfitnah dia dulu meenyebakan najis dan mungkin pengganti seterusnya menjadikan dsai sebagai mangsa tak berpenghujung
Kerana tembolok kau anak beranak sanggup merosakkan hubungan keluarga orang lain
Kau madet bukan ad ahati perut
Cakap kau hanya manis dibibir saja sama dengan lain lain yg seangkatan
Sayangnya melayu lupa dan memang lupa tentang si kitul dan raja mendeliar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana