PAS, UMNO Tak Perlu “Bertumbuk” – Tajuddin

KOTA BHARU: PAS wajar mempertimbangkan kerjasama politik dengan UMNO dalam membawa agenda perjuangan Melayu dan Islam, sekali gus menumbangkan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata kedua-dua parti itu berkongsi matlamat dalam memartabatkan Islam, manakala pakatan pembangkang terutama DAP cenderung ingin menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata, persefahaman mulai kelihatan antara PAS dan UMNO yang berupaya menghalang cubaan menggugat orang Melayu jika kerjasama dalam PRU-14 terjalin.

“PAS mengambil langkah bijak ‘bercerai’ dengan pakatan pembangkang. Bila dah bercerai, carilah pasangan baharu dan cepat jalinkan kerjasama dengan UMNO untuk PRU-14.

“Jika UMNO dan PAS bersatu, tiada pihak boleh menggugat orang Melayu. “Buat apa kita ‘bertumbuk’ sesama sendiri jika membawa matlamat sama,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman dan Ketua Wanita UMNO, Zarina Md Eusope.

Tajuddin berkata, kalau pun kerjasama itu tidak menjadi kenyataan, UMNO dan BN masih mempunyai kekuatan menumbangkan pakatan pembangkang pada PRU-14.

“Kita mahu bagi kesempatan PAS melakukan ‘gencatan senjata’. Kalau kita boleh selesaikan (ketidaksefahaman), kita akan teruskan perdamaian,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment