PAS TIDAK AKAN TEWAS DI PARLIMEN PENGKALAN CHEPA DAN TIGA DUN

Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari menegaskan Parlimen Pengkalan Chepa akan kekal sebagai kubu kuat parti itu di Kelantan.

“Insya-Allah kita tidak akan tewas di mana-mana DUN di Pengkalan Chepa.

“Pada 2004 ketika menghadapi pilihan raya PAS majoriti bagi kerusi DUN yang mana kita menang semua kerusi di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian,” katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata meskipun PAS berdepan tindakan provokasi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan namun ia dilihat tidak mudah memandangkan Pengkalan Chepa terletak kubu kuat yang pernah didominasi Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kedua-dua Parlimen ini merupakan Parlimen yang paling kuat PAS di seluruh negara.

“Insya-Allah dalam pilihan raya akan datang kita tidak akan kehilangan mana-mana DUN di Pengkalan Chepa termasuk DUN Chempaka,” katanya.

Parlimen Pengkalan Chepa mempunyai tiga DUN iaitu Chempaka, Kijang dan Panchor.

Untuk rekod BN Kelantan menyasarkan menang 30 kerusi DUN pada PRU14.

Parti pemerintah itu melihat ada peluang untuk memenangi 30 kerusi DUN di negeri ini termasuk tiga kawasan Parlimen berpotensi turut dikenal pasti iaitu Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan akan diberi tumpuan khusus.

BN tak pernah menang di Pengkalan Chepa

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa Ahmad Fathan Mahmod, pengundi di kawasan itu pastinya tidak mudah terpengaruh dengan isu dibawa BN dan Pakatan.

Beliau berkata, keutamaan pastinya diberikan kepada Nik Aziz yang banyak membantu mereka sepanjang menjadi wakil rakyat dan Menteri Besar Kelantan.

“Dalam sejarah pun kalau di Pengkalan Chepa Umno tak pernah menang di Parlimen.

“Di DUN akar umbi kita akan sokong walapun ada sedikit serpihan PAS,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka mengakui tidak bimbang sekiranya berlaku lebih banyak saingan dalam Pilihan Raya Umun ke-14 (PRU14) nanti.

“Saya ingat kalau mereka bertanding dari segi saingan itu ada tapi insya-Allah daripada gerak kerja yang dibuat sehingga ke akar umbi saingan itu tidak sengit.

“Pengkalan Chepa ini sentiasa berlawan cuma sekali saja Umno tak pernah bertanding,” katanya.

Justeru wakil rakyat baru ini menganggap mana-mana gelombang tidak mampu menggugat PAS di Kelantan iaitu negeri yang ditadbir dan menjadi kubu kuat parti berkenaan.

“Mungkin ada pertambahan lagi tapi pada saya insya-Allah sebab kita dah lama di Pengkalan Chepa,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana