PARTI POLITIK PEMBANGKANG BAWA ORANG ASING SEBAGAI PENGUNDI HANTU, IMIGRESEN & SPR PERLU BERTINDAK

Tuan Guru Haji Hadi Awang mendakwa terdapat pihak serta parti politik tertentu yang mahu menjatuhkan Kerajaan Persekutuan pada PRU-14 akan datang dengan menggunakan pendekatan membawa orang asing ke Malaysia.

Mereka dikatakan berlumba-lumba berebut kerusi tanpa memilih cara dan apa yang hendak dilakukan serta berpegang kepada konsep ‘matlamat menghalalkan cara’ yang salah.

Haji Hadi seterusnya menyeru rakyat Malaysia wajib menolak mana-mana parti atau sesiapa sahaja yang sanggup menjadi khadam kepada pihak yang mahu meruntuhkan asas Perlembagaan atau menjadi khadam kepada penjajah atau menjemput penjajah datang semula.
Kenyataan Haji Hadi itu dipercayai merujuk kepada Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR, PAN dan PPBM yang diterajui oleh Tun M.

Jika Haji Hadi sudah mempunyai persepsi dan maklumat seperti di atas, tidak mustahil perkara ini akan berlaku dan mungkin sudah berlaku pada beberapa pilihanraya yang lepas.
Oleh itu pihak berwajib seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan SPR perlu bertindak bagi menyekat usaha pihak pembangkang untuk menggunakan orang asing sebagai pengundi hantu dalam PRU-14 akan datang.

Pihak berkuasa perlu melakukan pembersihan pendatang dan pekerja asing yang tiada permit sebelum PRU-14 bagi memastikan pilihanraya di Malaysia tiada campurtangan dari orang yang tidak sepatutnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana