PAKATAN HARAPAN 
TIDAK SESUAI GANTI BN – NIK ABDUH

Pas menyifatkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP tidak sesuai menggantikan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara selagi mereka tidak mengubah sikap.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, sikap sering bersaing untuk me­nunjukkan kekuatan masing-masing dan tidak menghormati parti-parti lain dalam gabungan telah menyukarkan hasrat tersebut.

Beliau berkata, perkara itu dibuktikan apabila DAP tanpa menghiraukan sekutunya untuk menamakan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Itulah sikap sebenar DAP yang telah difahami oleh Pas sejak sekian lama. Sebab itu kita berpisah dengan mereka kerana kita tahu DAP ini apabila merasakan dia kuat, dia akan menguasai.

“Kalau DAP saling menghormati parti-parti lain, dia tidak akan mudah untuk menentukan mana-mana parti yang layak menjadi Menteri Besar.

“Jadi, apa yang Pas kata sebelum ini telah terbukti berlaku dalam Pakatan Harapan. Sekarang Pakatan Harapan dilihat sering bersaing untuk berada di depan, bagi saya, kalau mereka terus dengan sikap ini, masih tidak sesuai untuk mereka menggantikan BN,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini hari ini.

Dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di sini kelmarin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menamakan Husam sebagai Menteri Besar jika pakatan itu menang dalam PRU-14.

Sementara itu, Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, keputusan Pas sebelum ini untuk tidak bersama pakatan tersebut adalah langkah tepat.

“Kita yakin pendekatan yang digunakan Pas sekarang akan terus diterima oleh rakyat,” katanya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana