NASIB MAHATHIR – BERGOLAK DALAMAN, DISEPAK PAKATAN....

DI KALANGAN penggerak reformasi 1998, kumpulan Otai Reformasi ini adalah yang paling elit, terbaik di kalangan terbaik.  Elit macam mana, terbaik rupa bila?  Berdepan dengan FRU, air gatal dan gas pemedih mata dalam demosntrasi setelah Anwar dipecat Mahathir 1998 dulu – di kala 1000 orang lari ke belakang, puak-puak ini yang tinggal berhadapan.

Kalau tak mara, dia tak berganjak ke mana, tapi nama lari ke belakang, tidak sekali – itu Otai Reformasi.

Pada kami, puak ini bodohlah, orang lain cabut yang dia tunggu FRU datang tu buat apa?  FRU tu, walaupun hanya seorang dia, auranya macam 10 orang. Dah banyak demo tengok dah, jangan buat main dengan FRU.  Tapi kumpulan yang satu ini dia tak gentar FRU datang, sebab itu dikalangan penyokong dan penggerak reformis, puak ini ada kedudukan tinggi.

Bukan itu saja kelebihannya, puak ini keluar masuk “Istana Kamunting” (ditahan ISA atas arahan Mahathir), macam masuk keluar jamban. Tak hardcore ke namanya tu?  Banding dengan orang yang setia dengan Mahathir hari ini, jauh benar bezanya.

Pun begitu, satu yang pasti, puak ini bukan saja taat kepada Anwar tapi mereka juga adalah pembenci Mahathir nombor satu.  Buktinya, walaupun Anwar diam-diam jumpa Najib minta nyawa (guna Jusof Kalla sebagai orang tengah) bila tahu nak kalah dalam PRU13 dulu, puak ini tetap setia dengan Anwar  sekalipun tindakan itu boleh dianggap seperti menjual diri dan perjuangan demi kepentingan sendiri – sebab Anwar jumpa Najib.

Tapi jangan Mahathir, itu pantang terbesar yang sekarang sudah dilanggar oleh mereka yang hanya menuai untung hasil pengorbanan aka kebodohan kumpulan ini dulu.  Bodohlah, dah macam-macam yang terkorban, sekali yang di atas-atas shake and bake dengan Mahathir macam itu saja.

Dan inilah yang kita lihat penentangan yang berlaku bila kumpulan berkenaan isytihar tidak sokong kerjasama Pakatan dengan Mahathir semalam.  Sekalipun semua orang dalam Pakatan tak berselindung bahawa kerjasama dengan Mahathir hanya pura-pura supaya Najib tumbang, mereka jadi kerajaan dan Mahathir dapat bawak masuk semua hartanya yang tersekat di luar negara – kumpulan Otai Reformasi ini tetap dengan pendirian Mahathir bukan jenis yang boleh dibuat kawan.

Apa pun, yang paling teruk menerima kesan dari penolakan Otai Reformasi ini ialah Mahathir.  Dia cakap saja gah, tak sedar dalam partinya sendiri bertelagah, dalam Pakatan pulak ditolak sampai sudah. Dia fikir buat u-turn macam itu semua benda selesai macam itu saja?  Betul, iblis pun asalnya dulu Malaikat, tapi ini Mahathir yang kita cakap – malaikat dah tentu bukanlah, Iblis?  Tak beranilah nak kata tapi fikir sendiri sajalah jenis makhluk apa ‘jual’ semua demi harta?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana