Nampak PErmainan PKR Ini!!!!! Premis hutang Yayasan Selangor dijadikan pejabat PKR Selangor - IMPAK

GOMBAK: Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK) hari ini mendedahkan premis yang dikatakan gagal menjelaskan hutang kepada Yayasan Selangor sebenarnya dijadikan Ibu Pejabat PKR Selangor.

Presidennya, Datuk Zul Azhari Mohamed Juah berkata tidak hairanlah mengapa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sanggup menjadi orang tengah untuk berunding dengan Yayasan Selangor bagi melupuskan hutang sewa yang gagal dilangsaikan.

IMPAK sebelum ini mendedahkan Zuraida dan bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh sebagai orang tengah yang cuba membuat rundingan agar hutang sewa bernilai RM233,000 itu dilupuskan.

IMPAK juga terdahulu mendedahkan premis itu disewa atas nama syarikat Tremendous Porgress Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Latif Shaari, yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Ampang.

"Terbaru, hasil siasatan IMPAK telah menemukan satu fakta lebih mengejutkan. Premis tersebut disewa sebagai pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana ketika itu diketuai oleh (Datuk Seri) Azmin Ali.

"Jelas di sini, seorang kontraktor (Abdul Latif) menyewa sebuah premis kemudian diberikan kepada parti PKR Selangor untuk digunakan sebagai pejabat parti.

"Apakah kepentingan YB Zuraida dalam syarikat tersebut dan apakah bentuk habuan yang telah dijanjikan kepada beliau," katanya satu sidang media di Batu Caves hari ini.

Zuraida kemudiannya menafikan dakwaan itu dan berkata enggan melayan tuduhan yang hanya sekadar diperoleh melalui surat layang. Zul Azhari tangkas menjelaskan ia bukan surat layang namun dokumen yang diperolehinya itu adalah minit mesyuarat Yayasan Selangor.

Dalam sidang media yang sama, Zul Azhari  mempersoalkan mengapa Termendous Progress bersetuju untuk memberikan premis yang disewanya untuk dijadikan pejabat PKR Selangor?

"Mengapa syarikat tersebut menyewa bagi pihak PKR Selangor? Mengapa PKR Selangor secara terus menyewa premis tersebut daripada Yayasan Selangor? Apakah bentuk habuan yang diterima oleh syarikat yang sudi memberikan premis sewaan miliknya kepada pihak lain? Ada sesuatu yang misteri disitu.

"Pihak syarikat tidak pernah membayar satu sen pun kepada Yayasan Selangor, premis tersebut diduduki selama 2 tahun tanpa deposit dan bayaran sewaan bulanan, bagaimana sebuah syarikat dapat menduduki sebuah premis tanpa membayar deposit?," soalnya lagi.

Minggu lalu, IMPAK membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan ini.

IMPAK dalam pada itu turut menuntut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  menjelaskan pembayaran berjumlah RM16 juta yang dibuat Menteri Besar Incorporated (MBI) kepada kontraktor.

Menurut Zul Azhari maklumat yang diperolehinya berkata syarikat kontraktor itu sebelum ini berkhidmat dengan UNISEL namun ditamatkan kontraknya, beberapa tahun lepas.

"Jana Niaga, sebuah syarikat kontraktor yang berkhidmat dengan UNISEL telah ditamatkan kontrak dan keputusan mahkamah telah memihak kepada UNISEL.

"Malangnya kontraktor yang gagal ini telah 'berunding' dengan Menteri Besar Incorporated dan telah mendapat bayaran 16 juta malah telah diberi keistimewaan untuk meneruskan kerja-kerja di UNISEL.

"Lebih menarik lagi MBI yang membuat pembayaran kepada Jana Niaga telah meletakkan jumlah duit yang dibayar itu sebagai hutang yang perlu dilunaskan oleh UNISEL," katanya pada satu sidang media di Gombak.

Bayaran pertama dibuat pada 9 Mac 2017 sebanyak RM 10 juta manakala lagi RM6 juta dibayar pada 24 Jun 2016 yang seterusnya menyebabkan hutang tersebut kini perlu dibayar oleh universiti swasta itu, dakwa Zul Azhari.

Malah katanya, selepas penelitian dibuat IMPAK mendapati PKR menyebabkan UNISEL terlibat dengan perjanjian tidak masuk akal bersama hutang yang tidak pernah dipersetujui UNISEL.

"UNISEL telah menang kes di mahkamah ke atas Jana Niaga tetapi MBI pula bayar kepada Jana Niaga dan kini UNISEL berhutang.

"Nampaknya pendidikan percuma yang dijanjikan adalah palsu semata-mata sebaliknya PKR telah menekan warga universiti bawah negeri Selangor dengan rundingan mengarut dan hutang yang mereka sendiri tidak bersetuju," ujarnya  lagi.

Badan itu juga kini sedang meneliti beberapa tindakan termasuk bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment