Nak Jatuhkan PM Sanggup Buat Apa Saja......Kan Giler Nama Nya!!!!!!Mahathir hina sistem perundangan Malaysia - Azalina

Selepas mengadakan pertemuan dengan Nurul Izzah Anwar di London baru-baru ini, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dan dibenarkan bertanding dalam PRU akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Said menyifatkan tindakan Mahathir itu sebagai satu lagi “pusingan U”, sambil berkata Anwar sudah melalui semua proses sistem keadilan di negara ini.

“Tindakan Tun Mahathir yang kerap kali membuat pusingan U juga menunjukkan sikap sebenar pembangkang yang sanggup menggadai prinsip hanya kerana mahu memenuhi kepentingan peribadi,” kata Azalina yang merupakan menteri bertanggungjawab urusan kehakiman.

Azalina mempersoalkan Mahathir yang “lupa” Anwar disingkirkan ketika zaman pemerintahan beliau pada 1998, sambil menyifatkan tuduhannya terdapat campurtangan dalam kes liwat melibatkan Anwar sebagai mempersoalkan sistem kehakiman.

“Ini juga merupakan satu penghinaan kepada perundangan dan sistem demokrasi negara,” katanya.

Mahathir yang kini merupakan 'sekutu' Anwar dalam Pakatan dipetik akhbar Britain, The Guardian sebagai berkata Anwar “mangsa dendam politik”, sambil membayangkan kerajaan Pakatan Harapan boleh meyakinkan Yang di-Pertuan Agong dapat memberikan pengampunan untuk membebaskannya.

“Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi pemerintah dan saya fikir kerajaan akan datang boleh meyakinkan Agong untuk mengampunkan Anwar.

“Jika begitu beliau boleh melibatkan diri dalam politik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak akan menolaknya,” kata Mahathir.

Pada September 1998, Mahathir memecat Anwar, yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, atas tuduhan salah laku moral.

Anwar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kemudian didakwa atas salah laku kuasa dan seks, sebelum beliau dipenjarakan selama 6 tahun.

Pada 2015, Anwar dihukum penjara sekali lagi selepas disabit tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Azalina berkata Anwar kini menjalani hukuman penjara atas “kes peribadi”.

“Justeru tidak timbul persoalan Anwar Ibrahim merupakan mangsa dendam politik seperti yang didakwa,” kata Azalina.

“Anwar Ibrahim telah melalui semua proses yang dibenarkan dibawah undang-undang untuk mempertahankan diri beliau termasuk telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana