MUKHRIZ BUKTIKAN BAHAWA MUHYIDDIN PEMBOHONG BESAR

Samada cepat atau lambat, kebenaran pasti akan terserlah. Begitulah apa yang terjadi, apabila Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa wujud gerakan oleh bapanya sendiri, yang “berkongsi” matlamat bersama Muhyiddin Yassin sejak 2014 untuk menggulingkan Presiden UMNO, Dato Sri Najib Razak.

Apa signifikannya 2014, sila baca Guling-Najib-Razak-Bukan-2015-Tetapi-Lebih-awal-Iaitu-2014

Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa tuduhan yang pernah dilemparkan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Muhyiddin tentang konspirasi untuk menjatuhkan Presiden UMNO adalah benar belaka.

Pada Februari 2016, Azalina mendakwa wujud konspirasi peringkat tertinggi untuk menggulingkan perdana menteri. Namun, kenyataan tersebut dibalas oleh Muhyiddin pada Mac 2016, yang pada ketika itu masih berstatus ahli UMNO, dengan menafikan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

 “Tak ada komplot. Dia (Azalina) cakap, orang kata, tak tahu cakap melalui hidung dia ke, telinga dia? minta maaflah cakap begitu,” kata Muhyiddin ketika itu. Malah, Muhyiddin juga mengingatkan Azalina bahawa “buruk sangka itu berdosa besar”.
Semalam, Mukriz mengakui bahawa ayahnya dan Muhyiddin berkongsi tujuan yang sama tetapi bukan berkomplot. Lucu sungguh jawapan mantan Menteri Besar Kedah ini. Harta mungkin dapat diwarisi, namun jelas Mukhriz tidak mewarisi kehebatan putar belit atau seni “u-turn” bapanya.

Konspirasi atau berkomplot bermaksud merancang sesuatu secara sembunyi, bermuka-muka di hadapan umum, sambil melaksanakan agenda secara diam-diam atau “tikam belakang”. Tidakkah itu yang dilakukan oleh Mahathir dan Muhyiddin kerana berkongsi tujuan? Cuba imbas kembali kronologi dari sebab penggantungan keahlian UMNO Muhyiddin, penyertaan keduanya ke dalam PPBM sehingga fokus serangan PPBM dan ahli-ahlinya, apakah ianya kebetulan?

Pada Mac 2016, Muhyiddin menafikan wujudnya komplot seperti dakwaan Azalina. Kini, Muhkriz pula tampil sekaligus menidakkan penafian Muhyiddin itu. Dalam bahasa pasar, boleh kita terjemahkan sebagai “Muhyiddin cuba tipu tapi sekarang dia dah kantoi”.

Elok benar UMNO berkeputusan menggugurkan Muhyiddin. Keputusan tepat untuk seorang penipu dan tidak setia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana