MRT KAJANG: PAKATAN SENTAP DENGAN SINDIRAN NAJIB

PAKATAN terasa hati dengan sindiran Perdana Menteri semalam mengenai kejayaan Kajang Move yang sebenar – siapnya laluan MRT laluan Semantan-Kajang yang mempunyai 12 stesen padat penduduk dan seterusnya membantu pergerakan rakyat dan dalam masa yang sama, mengurangkan kos hidup terutama ke atas perbelanjaan minyak, bayaran letak kereta rakyat disamping mengurangkan masa habis di atas jalan raya begitu saja melayan kesesakan lalulintas.

Mendahului senarai yang terasa keperitan ini ialah Rafizi, sotong kering perasan jambu yang jadi perancang Kajang Move – tak hairan ianya gagal.

Kajang Move 2014 yang konon dirancang untuk mempertahankan Selangor dari jatuh kepada BN, rupanya hanya satu strategi untuk menjadikan bini Anwar sebagai Menteri Besar Selangor dalam usaha terakhir menyelamatkan Anwar dari hukuman penjara pada ketika itu – macam mana Anwar boleh terselamat entahlah, tapi itulah yang puak ini percaya.  Diakhirnya Azizah tak jadi Menteri Besar, ADUN Kajang yang asal meletak jawatan, krisis dengan Istana tercetus, Khalid Ibrahim dibuang tanpa sebab dan digantikan dengan Azmin.

Pemenang – Azmin, ‘perugi’ – rakyat.

Cerita nak mempertahankan Selangor dari jatuh ke tangan BN tadi?  Oh, itu hanya helah nak justifikasi kenapa rakyat perlu mengundi 2 kali dalam tempoh kurang setahun.  Pakatan dan PKR  memang macam itulah, buat benda bodoh untuk tujuan politik dan menyusahkan ramai orang, tak cerita duit rakyat yang lebur untuk mengadakan pilihanraya semula.

Maka tak hairan belum ada siapa di kalangan puak-puak ini yang berani bercakap  tentang kebaikan MRT Kajang  – antara hasil dari visi Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak untunk mengurangkan kos kehidupan rakyat,  sebaliknya mempersoalkan sindiran Perdana Menteri tersebut seolah hanya Pakatan yang boleh memperlekehkan, Perdana Menteri tidak boleh.

Cakap pasal Perdana Menteri memperlekehkan Pakatan ni.  Diharap bersedialah dengan lebih banyak ‘lekehan’ selepas ini.  Memang banyak benda yang boleh diperlekehkan Pakatan ni sebab mereka cakap banyak, hasilnya takde juga.  Najib?  Kurang cakap, hasilnya, diam tak diam, bersepah di sini sana untuk rakyat melihat.

MRT, masalah IPP, MAS, semua ini hasil kejayaan Perdana Menteri yang menguntungkan rakyat dalam banyak segi.  Yang Pakatan apa ada?  Air liur, air liur dan lebih banyak air liur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana