Menteri Kesihatan dan Menteri JPM akan diminta jelaskan isu kelonggaran syarat Bahasa Melayu - TPM Zahid

Apa cerita pasal isu kelonggaran syarat lulus bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan akan diketahui Rabu ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam akan diminta memberi penjelasan berhubung itu dalam mesyuarat kabinet.

Beliau menjelaskan kelonggaran berkenaan tidak diputuskan oleh kabinet.

“Saya akan meminta Datuk (Seri Dr) Subramaniam untuk membuat penjelasan mengenai kontroversi itu dan juga akan meminta menteri yang bertanggungjawab mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Joseph Entulu untuk memberi maklumat mengikut perspektif JPA,” katanya.

 Zahid berkata demikian pada sidang media ketika melakukan kunjungan Hari Gawai Dayak di kediaman Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah di Taman BDC, Stampin di Kuching Isnin.

Katanya, ia adalah bagi pencerahan terhadap isu yang menjadi polemik di akar umbi, terutama di kalangan pejuang-pejuang bahasa kebangsaan.

“Bagi saya, perkara ini seharusnya ditangani dengan fikiran terbuka dan kita harus mendengar penjelasan daripada kedua-dua menteri yang berkenaan.

“(Ia) supaya perkara ini tidak lagi dikontroversikan dan menjadi polemik terutama menjelang hari besar (pilihan raya) sehingga ia dimanipulasikan oleh pihak yang anti-establishment,” kata  Zahid.

"Dalam perkara ini, saya memandang keputusan yang dibuat oleh JPA dan juga Jabatan Kesihatan bukan terhadap penjawat awam tetap tetapi terhadap penjawat awam secara kontrak dan itu sebabnya saya mahu pencerahan dapat dilakukan oleh kedua-dua menteri berkenaan,” katanya.

Pada Ahad, 2 Julai lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan Ahad berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Feb lalu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan.

Beliau menjelaskan kelonggaran syarat kelayakan Lulus BM itu adalah bagi memudahkan pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan BM di peringkat SPM atas pelbagai sebab.

Sementara itu Subramaniam kata kementeriannya akan memberi penjelasan terperinci berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu pada mesyuarat kabinet Rabu.

Katanya penjelasan itu perlu dibuat bagi mengelak kekeliruan mengenai isu berkenaan.

"Saya melihat banyak pihak yang salah faham tentang isu ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pun telah mengeluarkan kenyataan (bagi menjelaskannya) namun, masih ada pihak yang tidak memahami kenyataan itu.

"Jadi, lebih baik saya berikan penjelasan kepada Kabinet terlebih dahulu sebelum kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas Program 'Inspire to Aspire 2017' di Kuala Lumpur Isnin.

Beliau berkata demikian susulan ulasan Timbalan Perdana Menteri kepada wartawan di Kuching yang memintanya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun menjelaskan mengenai isu itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana