MELAYU Diingatkan Jangan Jadi Pengemis Kuasa Politik Daripada DAP!!!

Walaupun wujud kerjasama DAP dengan beberapa pemimpin Melayu yang berada di blok pembangkang, tetapi parti rasis itu tidak akan mendapat sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ini kerana pengundi Melayu terutama di luar bandar dan pinggir bandar tetap menyifatkan DAP sebagai parti perkauman yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum Cina.

Dap sehingga kini hanya mampu menguasai beberapa kawasan bandar besar yang masyarakat Cina merupakan pengundi majoriti.

Dap sanggup bekerjasama dengan pemimpin Melayu daripada blok pembangkang untuk melebarkan pengaruhnya di kawasan pinggir bandar termasuk yang mempunyai pengundi Melayu.

Orang Melayu masih ingat bagaimana ektstrimnya Dap bersabit kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pemimpin Dap secara terbuka pernah menentang pelaksanaan syariat Islam dan mempertikaikan hak dan ketuanan orang Melayu walaupun perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan negara.

Walaupun ada pemimpin pembangkang Melayu yang menadah ehsan Dap tetapi harapan pakatan tersebut untuk menagih undi Melayu bukan sesuatu yang mudah dan diharap tidak mendapat sokongan dari rakyat Malaysia pada keseluruhannya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment