MAHATHIR DAN BEBERAPA ORANG LAGI RAKYAT MALAYSIA DISYAKI MENDALANGI SAMAN DOJ KALI KEDUA

Hubungan rapat Mahathir dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan telah membawa dirinya ke kancah yang lebih besar dan hina kerana disyaki sanggup menjadi dalang kepada permulaan saman DOJ buat kali kedua baru-baru ini.

Walaupun berkali-kali Mahathir diajukan soalan oleh pemberita dan wartawan dari dalam dan luar negara mengenai kewujudan bukti yang boleh dikemukakannya bersabit kes saman 1MDB, bekas Perdana Menteri itu dengan perasaan tidak malunya berkata dia tidak mempunyai sebarang bukti.

Tapi apabila baru-baru ini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan memfailkan aduan pelupusan sivil terhadap beberapa aset 1MDB, Mahathirlah antara individu yang begitu lantang dan bertanggungjawab dalam menggerakkan beberapa orang lagi individu yang mempunyai latarbelakang undang-undang dan mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat untuk mengumpul input-input berkaitan 1MDB kemudian diserahkan kepada DOJ.

Cubaan Mahathir dan individu yang terlibat cuba menghidupkan semula isu 1MDB yang sudah dipandang sepi kerana kekurangan bukti oleh pihak pendakwaan boleh dianggap bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada masalah sebenar yang dihadapi oleh Pakatan Harapan yang sedang dalam keadaan kucar-kacir dan sedang mengalami krisis kepimpinan diantara mereka.

Strategi Mahathir amat mudah, menjelang tempoh Pilihanraya Umum PRU-14 yang semakin hampir, dia perlu mencari isu besar yang boleh menimbulkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan dan pemimpin negara. Sasaran Mahathir sudah tentu 1MDB kerana kes tersebut didakwa boleh dikaitkan dengan kesalahan jenayah antarabangsa dan kes saman tersebut pernah disebut buat kali pertama di tempat yang sama pada Julai setahun yang lalu. Jadi, usaha Mahathir dan rakan-rakannya akan menjadi lebih mudah.

Sekiranya usaha ini berjaya, Mahathir akan dilihat sebagai hero sejati dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Dato Seri Najib pada saat akhir. Manakala kos bagi menampung perbelanjaan kes saman tersebut dibiayai oleh Mahathir sendiri dimana kita tahu Mahathir mempunyai aset berbillion US Dolar di luar negara, manakala anak-anaknya juga memiliki kekayaan luar biasa dengan menjadi jutawan segera di Malaysia kerana usaha keras bapanya.

Pada kali ini Mahathir tidak menggunakan bonekanya Tun Daim Zainuddin dan Kadir Jasin sebagai orang tengahnya untuk menjalankan propaganda dan fitnah bagi mendapatkan publisiti dan simpati dari rakyat kerana mereka telah menyebabkan Mahathir kerugian wang berjuta-juta US Dolar untuk saman kali pertama.

Sumber dari Malaysia Today ada menyebutkan bahawa Cynthia Gabriel, Matthias Chang, Sivarasa Rasiah dan Clare Rewcastle Brown untuk mengambil alih peranan mereka berdua untuk saman DOJ yang terbaru. Mereka adalah orang kuat Anwar Ibrahim dan pernah bekerjasama dengan pihak Amerika Syarikat dalam beberapa urusan pihak pembangkang di Malaysia.

Mereka yang bekerjasama dengan Mahathir dari saman pertama dan kedua ini boleh dianggap sebagai pelakon dalam watak wayang kulit kerana siasatan dalaman yang dilakukan PAC sendiri telah membuktikan tiada penyelewengan dilakukan dan Perdana Menteri juga tiada kaitan dengan tuduhan liar pembangkang dan DOJ kerana PM hanya bertindak sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB sahaja.

Seterusnya, Peguam Negara Tan Sri Apandi juga mengeluarkan kenyataan bahawa kes saman tersebut hanya bersifat politik dan DoJ tidak pernah menghubungi Malaysia atau meminta bantuan Malaysia bagi mendapatkan sebarang penjelasan mengenai kes yang mereka sedang kendalikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana