MADEY MASIH INGAT BERKUASA LAGI!!!!! “TOP DOG” MAHATHIR HARUS SEDAR DIRI – TENGKU SARIFFUDDIN

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersikap realistik dan dilihat cuba menipu rakyat apabila mendakwa dirinya adalah ‘top dog’ bagi pihak pembangkang.

Hakikat sebenarnya ujar Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin, orang yang berkuasa di dalam pakatan pembangkang adalah veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengadakan debat ‘town hall’ bersama musuh-musuh politiknya selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

“Kini, sebagai Pengerusi Pembangkang, Dr Mahathir menuntut bahawa beliau adalah ‘top dog’ pihak pembangkang, setaraf dengan Perdana Menteri. Tetapi, sama ada beliau sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang – seorang yang tidak kelihatan dalam carta kepimpinan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Tengku Sariffuddin lagi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin Dr Mahathir hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pihak pembangkang sebanyak 38 kerusi.

“Maka secara realiti, Kit Siang adalah ketua sebenar dan Dr Mahathir hanyalah sekadar boneka.

“Sebagaimana senarai pemimpin-pemimpin pembangkang yang diumum terdiri itu daripada orang Melayu, ia sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment