LUPAKAN HASRAT TAWAN JOHOR, SHEIKH OMAR USAH GHAIRAH HIBURKAN MAJIKAN DENGAN DAKWAAN DONGENG

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru hari ini membidas kenyataan Sheikh Omar Ali, Penolong Setiausaha Publisiti Dap Johor merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Kluang dalam sebuah portal kononnya generasi baru UMNO Johor termasuk anak Menteri Besar Johor sendiri telah cenderung menyokong PPBM.

Ketuanya, Syaiful Rizal Abd Ghani berkata, Akmal Saufi Mohamed Khaled, anak Menteri Besar Johor, merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru yang juga Pengarah Sukarelawan Muda Barisan Nasional (BNYV).

“Selaku Ketua Pemuda, saya telah menyerahkan tugasan kepada saudara Akmal untuk segera membuat majlis penerangan tentang isu-isu semasa kepada sayap Pemuda, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan sukarelawan. Kesetiaan dan dedikasi beliau terhadap parti tidak boleh dipertikaikan sesiapa.

“Dalam masa yang sama, UMNO Johor di bawah kepimpinan Datuk Mohamed Khaled Nordin sentiasa bekerja keras untuk memastikan Johor tetap menjadi deposit tetap kepada BN dan ini adalah sokongan yang yang lebih bernilai dan paling bermakna kepada YAB Perdana Menteri,” katanya mengulas kenyataan Sheikh Omar dalam sebuah portal pro-pembangkang.

Tambahnya, sebarang perbezaan pendapat serta pendekatan oleh UMNO Johor tidak boleh diterjemahkan sebagai penentangan kepada kepimpinan tertinggi.

Ianya tegas beliau lagi adalah bukti bahawa UMNO mengamalkan politik matang dan amat demokratik.

“Lupakan hasrat untuk menawan Johor. Saya yakin Bangsa Johor akan menggagalkan hasrat Lim Kit Siang dan Dap untuk menjadikan Johor sebagai Pulau Pinang ke-2.

“Johor tidak sesuai ditadbir oleh Dap atau proksinya (PKR, PAN dan PPBM) kerana Dap diketahui ramai bukan sahaja anti Islam dan anti Melayu, malah dikhuatiri turut anti kepada Institusi Di Raja. Ini merupakan tiga perkara yang akan dipertahankan serta diperkasakan oleh UMNO sampai bila-bila.

“Mungkin Sheikh Omar ingin menghiburkan majikan beliau di dalam Dap, namun saya syorkan beliau untuk segera buat temujanji dengan pakar psikiatri. Beliau seolah-olah berhalusinasi ketika mengeluarkan kenyataan,” ujarnya lagi.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana