Kerajaan Selangor tumbang jika PKR-PAS masih berseteru...Bagus Lah TU

Kerajaan Pakatan Harapan Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dijangka tumbang dalam pilihanraya umum akan datang jika PAS terus bersama kerajaan negeri diketuai PKR.

Ini berikutan PKR mengekalkan kerjasama dengan PAS, walaupun hubungan politik kedua-dua parti sudah terputus secara rasmi.

Timbalan Pengarah Strategi PAN, Ir Izham Hashim berkata beberapa faktor memainkan peranan seperti komposisi majmuk pengundi di negeri serta parti Islam itu yang kini dilihat mesra kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Sekiranya, pengundi bukan Melayu menolak Pakatan Harapan kerana masih bersama PAS, maka kerajaan Pakatan Harapan Selangor akan tumbang dalam pilihan raya umum akan datang,” lapor sebuah portal berita, hari ini.

Pada Khamis, Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa juga mendakwa bahawa Pakatan Harapan di Selangor terancam jika PKR masih mahu bekerjasama untuk memberi laluan kepada PAS bertanding di 15 Dun yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu.

Pada ketika ini, kedudukan semasa DUN di negeri itu menyaksikan Pakatan Harapan menguasai 30 kerusi, PAS dengan 13 kerusi, manakala BN dan Bebas masing-masing dengan 12 serta satu kerusi.

Pada Mei lalu, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR membuat keputusan bahawa tiga EXCO PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus, Zaidy Abdul Talib dan mereka yang dilantik atas kapasiti politik akan terus kekal memegang jawatan dalam pentadbiran negeri sehingga DUN dibubarkan.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi PAN Selangor mengulangi pendirian partinya yang tidak akan melakukan pembahagian kerusi dengan parti bukan dalam Pakatan Harapan.

“PAS bukan komponen dalam Pakatan Harapan. PAN tidak bersedia untuk berkongsi kerusi dengan parti yang bukan daripada Pakatan Harapan,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana