KENAPA AZMIN TAK NAK TANDATANGAN IBR?

KENAPA AZMIN TAK NAK TANDATANGAN IBR?

Keengganan kerajaan PKR Selangor menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBS) bersama SPRM menimbulkan pelbagai persoalan.

Meskipun ramai yang memandang enteng hal ini, namun ia sedikit sebanyak menjadi isyarat jelas bahawa kerajaan negeri tidak komited dalam usaha mencegah gejala rasuah di semua peringkat pentadbiran.

Selain Selangor, dua negeri di bawah pentadbiran pembangkang turut enggan menandatangani IBR iaitu Pulau Pinang (DAP) dan Kelantan (PAS).

Adakah senarai kes rasuah berikut menjadi penyebab Azmin Ali enggan tandatangan ikrar ini?

1.       31 Mei 2016, Setiausaha Agung PKR (ketika itu), Rafizi Ramli hadir ke ibu pejabat SPRM untuk menyerahkan bukti berkenaan tuduhannya bahawa terdapat kegiatan rasuah seks dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Namun, pada 3 November 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa SPRM tiada bukti lanjut bagi mengesahkan dakwaan Rafizi itu.

Habis tu, bukti apa yang Rafizi berikan pada 31 Mei 2016? Selalunya kalau Rafizi yang bercakap, tak ada yang tak betul dan seisi negara akan percaya cakap dia.

2.       16 Jun 2016, media-media melaporkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam telah ditangkap oleh SPRM berhubung salah laku dalam penawaran tender baik pulih kemudahan awam di Kapar ketika masih dalam jawatan.

Menurut fakta kes, ketika ditangkap, terdapat wang sejumlah RM30 ribu bersama Manikavasagam yang diterima daripada seorang kontraktor kelas G3.

Manikavasagam telah dibebas dengan jaminan oleh SPRM. Selepas dibebaskan, Manikavasagam dilaporkan telah mengugut saksi kes hingga memaksa saksi membuat laporan polis.

Kini, selepas lebih 10 bulan, tiada perkembangan lanjut dikemaskini oleh SPRM. Status kes juga tidak diketahui, sama ada didakwa atau pun tidak. Kebal kan?

3.       Masih ingat pembongkaran kekayaan luar biasa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin? Juga didedahkan sejak Jun 2016, Zuraida didakwa memiliki sejumlah kenderaan mewah yang diperolehi selepas beliau bergelar ahli politik dan Yang Berhormat.

Antara aset milik Zuraida yang menjadi buah mulut penduduk di Ampang ialah 9 buah kereta kelas mewah dan  biasa (tak biasa jugalah bagi kita yang makan gaji ciput ni).

Dengan latar belakang sebagai bekas penjual buah yang menceburi politik, ia amat ajaib bagi seorang perempuan tua seperti Zuraida dapat mengumpul aset-aset sebanyak itu dalam masa singkat.

Zuraida mendakwa sebahagian kereta tersebut dibeli dengan kelayakan permit import (AP) selaku Ahli Parlimen dan Kemudahan Pinjaman Ahli Parlimen. Tapi yang dia tak bagitahu kita, dia beli kereta baharu setiap tahun. Tiga kereta mewahnya dibeli dengan AP walhal setiap AP milik Ahli Parlimen hanya boleh beli satu kereta sahaja bagi satu penggal.

Kes ini juga senyap begitu sahaja.

4.       Selain Zuraida, pegawai khas beliau iaitu Datuk Adam Rosly juga terpalit dengan kes salah laku rasuah yang serius lagi besar.

Ingatkah lagi akan banglo Disneyland Ampang milik Adam?

Banglo ini dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Sama seperti Zuraida, Datuk Adam Rosly yang baru berusia lingkungan 20-an ini mendakwa mengumpul kekayaan melalui perniagaan menjual nasi lemak yang diusahakannya sejak remaja sekaligus membolehkannya membeli bangle mewah itu dengan sedikit bantuan pinjaman daripada Ah Long.

Kes ini masih dalam siasatan SPRM.

5.       Pendedahan skandal rasuah Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali paling banyak dilakukan oleh bekas ayam tambatan PKR sendiri, Chegu Bard.

Budak-budak SAMM pasti tahu. Natijahnya, Chegu Bard dipecat daripada PKR.

Antara pendedahan tersebut ialah salah guna kuasa Azmin dalam penukaran status tanah Paya Indah Wetlands, skandal rasuah RM9.8 juta dalam projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan, skandal rasuah RM32.4 juta dalam projek penukaran kubah masjid negeri Selangor, skandal RM45 juta dalam projek balak di Selangor dan banyak lagi.

Semua pendedahan dan pembongkaran ini tidak dijawab oleh Azmin Ali mahupun konco-konconya, sebaliknya Chegu Bard pula diambil tindakan.

SPRM? Macam biasa, tiada berita.

6.       Gaya hidup mewah seorang pegawai muda di pejabat kerajaan negeri Selangor bernama Muhammad Hilman juga pernah menggegarkan politik Selangor.

Hilman didakwa memiliki sebuah kereta Toyota Altis dan sebuah rumah yang dibeli disyaki di luar kemampuan pendapatannya.

Semakan mendapati sebuah Toyota Altis berharga sekitar RM120,000.00 iaitu anggaran ansuran sekitar RM1,550.00 sebulan jika beliau membuat pinjaman selama  8 tahun.

Rumah mewah milik Hilman pula dibeli dengan harga RM650,000.00 selain kos tambahbaik yang dibuat oleh beliau sebanyak RM200,000.00 sebelum rumah tersebut ditukar milik antara beliau dan penjual.

Pendedahan ini turut dilakukan oleh Chegu Bard.

Selain itu, Chegu Bard juga mendedahkan hubungan Hilman dengan rakannya dari kumpulan Diskopi bernama Hans Yusoff, pembaca berita di Astro Awani. Hilman dikatakan menggunakan jawatan dan kedudukannya di pejabat Azmin untuk ‘membantu’ memberi projek kepada rakan-rakan termasuk Hans Yusoff dan isterinya.

Dan sehingga kini, tiada perkembangan lanjut sama ada dakwaan ini disiasat dan didakwa oleh SPRM atau pun tidak.

7.       Baru-baru ini, seorang aktivis Reformasi yang dikenali dengan nama Jamil Kucing memuatnaik beberapa keeping gambar di Facebooknya yang memaparkan sampul duit raya berisi di luar bilik pejabat Azmin Ali.

Jamil mendakwa Azmin Ali telah memberikan duit raya khas kepada beliau untuk diagih-agihkan kepada aktivis-aktivis Reformasi yang lain.

Dari mana wang itu datang? Berapa jumlahnya? Kenapa dilakukan di pejabat Menteri Besar?

Tiada jawapan.

8.       Banyak lagi. Jika disenaraikan, senarainya akan jadi lebih panjang. Antara yang besar termasuklah skandal YAWAS seperti yang diedahkan Datuk Jamal Yunus. Juga tiada siasatan dibuat setahu kami oleh SPRM.

Persoalannya kini, adakah pentadbiran Azmin Ali benar-benar bersih dan antirasuah? Adakah Azmin benar-benar benci dan tolak rasuah seperti yang selalu diucapkannya? Jika benar, kenapa tak tandatangan sahaja IBR itu dan jemput SPRM masuk siasat segala dakwaan yang dibuat ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana