KAWAL PARTI SENDIRI PUN TAK BOLEH, MACAM MANA NAK KAWAL DAP?

SAMA ADA dirancang atau memang betul-betul kejadian, perbalahan terbuka sesama orang kuat dalam PPBM ini telah memberi kesan kepada imej parti yang belum pun setahun usianya itu.  Salahnya Mahathir jugak.  Kalau seorang ahli biasa UMNO membidas kepimpinan UMNO secara terbuka, Mahathir cepat-cepat mendakwa itu bukti  UMNO sedang bertelagah
Yang parti dia, Naib Presiden dan Ketua Pemuda bertelagah sesama sendiri, 3 Exco persoal punca kekayaan anak beranaknya dan sebagainya, itu belum apa-apa lagi pulak ya?

Apa semua ini kepada rakyat?  Rakyat harus melihat masalah yang bakal berlaku kalau Mahathir dan Pakatan menang dalam PRU14.  Masalah sebenar Mahathir bukan partinya sendiri, tapi DAP, kalau dah partinya sendiri pun tak boleh kawal, dia nak kawal DAP macam mana nanti?

Tanpa kestabilan politik, kerajaan tidak mampu berfungsi dengan baik.  Kalau kita tak tahu tu lain cerita, ini awal-awal lagi dah nampak dah. Dari saat Mahathir pura-pura ambik gambar dikala orang lain angkat plakad “Anwar PM ke7” lagi kita dah tahu puak-puak ni akan ada masalah untuk bekerjasama nanti.

Bagi orang-orang politik, kacau bilau yang berlaku dalam parti Mahathir hari ini, bukanlah sesuatu yang perlu diberikan perhatian sangat.  Ini Mahathir yang kita cakapkan ni, dia adalah antara manusia dalam negara ini yang paling bijak mengalih perhatian rakyat, semua orang politik tahu.  Tidak ada sempadan moral kepada Mahathir pun kalau berkaitan politik, UMNO pun pernah diharamkannya untuk pastikan pemilihan 1987 yang menyaksikan dia menang tipis, tidak diadakan semula.

Mahathir lebih suka dikenang sebagai Perdana Menteri yang mencari pasal dengan institusi kehakiman, dari diketahui sebagai orang yang bertanggungjawab memasti UMNO diharamkan!!

Tapi untuk rakyat tahu bahawa Mahathir tidak ada keupayaan untuk membawa kestabilan dalam Pakatan pembangkang dan kerajaan yang mereka mimpi untuk tubuhkan dengan semua yang berlaku sekarang ini, cukuplah.

Bab helah politik di belakang tu, biar orang politik sajalah yang uruskan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana