Kabinet tarik balik kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu untuk pegawai perubatan…

Kontroversi yang tercetus gara-gara pengumuman Kementerian Kesihatan beri kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu dengan kepujian peringkat SPM kepada pegawai perubatan Gred UD41 yang dilantik secara kontrak selesai.

Mesyuarat kabinet Rabu yang pengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi memutuskan kelonggaran itu ditarik balik.

Serentak dengan itu kabinet menetapkan mengekalkan syarat lulus Bahasa Melayu dalam pengambilan semua jawatan dalam sektor awam di negara ini.

Zahid memberitahu demikian dalam sidang akhbar di Putrajaya Rabu.

Pengumuman kelonggaran syarat Bahasa Melayu itu telah mencetuskan bantahan ramai pihak kerana merasakan ia menghakis kedaulatan Bahasa Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata tiada sebarang kelonggaran berkaitan Bahasa Melayu diizinkan untuk sebarang jawatan awam.

Beliau menegaskan kabinet limited untuk mempertahankan Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan merupakan bahasa rasmi Persekutuan iaitu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32),”katanya.

Zahid juga kata kabinet memutuskan untuk meminda Akta Perubatan 1971 untuk mewajibkan perkhidmatan Pegawai Perubatan selama dua tahun selepas tamat ‘ housemanship’ dan memasukan syarat kelulusan Bahasa Melayu.

Sementara itu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam sidang akhbar berasingan menjelaskan daripada sejumlah 4,500 lantikan kontrak sejak 2016 hingga kini, hanya 23 daripada mereka yang berdepan situasi tidak mempunyai kelulusan dalam Bahasa Melayu.

Katanya, lantikan kontrak untuk Pegawai Perubatan Gred UD41 diperkenalkan sejak Disember 2016 kerana kebanjiran graduan perubatan.

"Ketika lantikan ini, kita menghadapi situasi yang mana sekumpulan kecil (graduan) tidak dapat mengikuti sistem pendidikan seperti di negara ini kerana mengikut ibu bapa bekerja di luar negara. "Sistem pendidikan mereka berbeza dengan negara ini dan tidak mengambil subjek Bahasa Melayu.

Subramanian kata Kementerian Pendidikan akan membantu mewujudkan peperiksaan Bahasa Melayu peringkat SPM yang boleh diambil secara tunggal tanpa membabitkan subjek lain. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana