Jamal ada bukti Zuraida guna dana Yayasan Selangor

Pengerusi Gabungan-Gabungan NGO, Datuk Jamal Md Yunos mendedahkan beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin cuba menggunakan dana Yayasan Selangor untuk menampung sewa bulanan bangunan yang digunakan sebagai pejabat parti PKR negeri.

Beliau ketika dihubungi BNBBC.my portal hari ini  berkata yayasan tersebut bagaimanapun tidak membayar sewa itu dimana jumlah tunggakan sehingga hari ini hampir RM200,000.

“Saya setuju apa yang dikatakan Tan Sri Khalid itu, semuanya benar, dan saya ada maklumat mengenai perkara itu. Ahli parlimen Ampang ini memang selalu menggunakan kedudukannya untuk urusan seperti ini.

“Dipendekkan cerita, pejabat PKR itu kononnya ditaja yayasan, tetapi yayasan tersebut tidak membayar sewa sehingga hari ini.

“Cuba bayangkan kalau duit RM200 ribu itu digunakan untuk menaja pelajar-pelajar untuk menaja pendidikan mereka, berapa ramai yang akan dapat manfaat?,” soal Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.

Terdahulu,  bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Zuraida menggunakan kedudukannya untuk melobi syarikat kerajaan negeri, Yayasan Selangor bagi penangguhan bayaran daripada sebuah firma milik ahli PKR dari Ampang.

Khalid dilaporkan berkata demikian apabila diminta mengulas laporan Yayasan Selangor yang ditandatanganinya pada 17 September 2013.

Dokumen berkenaan dibocorkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK) pada 24 Julai lalu.

Zuraida dan seorang bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh disebut dalam laporan itu dikatakan menjadi orang tengah untuk penyelesaian hutang premis yang dipercayai adalah pejabat PKR Selangor.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Ampang itu menafikan beliau bertindak bagi firma berkenaan.

Selain itu, dokumen itu juga menyebut bahawa firma berhutang RM233,830 dalam bentuk sewaan dan deposit kepada Yayasan Selangor.

Menurut laporan itu, berdasarkan perbincangan, kedua-dua individu itu berjanji menyelesaikan masalah hutang tersebut dan Menteri Besar dilaporkan akan akan membantu.

Sementara itu, Jamal berkata beliau bakal membuat pendedahan bukti berkenaan pada minggu depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana