Itu Belum Tadbir Negara Lagi Tu!!!!! Pemilihan CEC 'dalam protes' serlah sikap ego DAP - Rahmad

SHAH ALAM: Parti Alternatif Rakyat (PAP) membidas DAP ekoran dilihat cuba menggertak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dengan mahu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) secara "under protest" dan pada waktu yang sama mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap agensi berkenaan.
       
Naib Presidennya, Rahmad Isahak berkata, tindakan itu jelas memperlihatkan sikap ego DAP yang hanya mengundang liabiliti kepada parti serta merugikan ahli-ahli.

Menurutnya juga, tindakan DAP itu boleh dilihat sebagai percubaan secara psikologi untuk pihak RoS bertindak lebih agresif termasuk kemungkinan mengharamkan parti berkenaan.

"Tafsiran pemilihan semula CE di bawah bantahan hanya wujud pada persepsi kepimpinan DAP sahaja malah tiada dalam peruntukan perundangan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan sekaligus menyerlahkan sikap hipokrik DAP dalam ingkar mematuhi arahan pehak berkuasa yang diputuskan semata-mata bagi kepentingan ahli-ahli parti.

"Kalau dahulu pada tahun 1988 parti Umno diharamkan oleh pihak mahkamah atas kemelut "kumpulan 11" menerusi undi perwakilan yang tidak sah sehingga terbentuknya parti Umno baru, tapi dalam kes DAP adalah lebih kronik kerana melibatkan wakil dari 120 cawangan "misteri" yang tidak wujud pada senarai pemilihan 15 Disember 2012.

"Maka justeru itulah pehak ros memutuskan pemilihan semula pada 29.9.2013 sebagai tidak sah," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Rahmad, istilah pemilihan semula secara "under protest" tidak terpakai seandainya pihak DAP bebas dari unsur penipuan serta elemen manipulasi terhadap kedua-dua pemilihan parti sebelum ini sehingga memaksa ahli-ahli parti sendiri bertindak dalam menuntut keadilan.

DAP dalam sidang media pada malam Rabu lalu menuduh RoS memberi alasan tidak berasas dan berasaskan laporan palsu dalam mengeluarkan arahan itu.

Guan Eng berkata DAP mempunyai pilihan sama ada mengadakan pemilihan semula dengan bantahan (under protest) atau mengambil tindakan undang undang terhadap RoS.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam reaksinya mempertahankan keputusan mereka sebelum ini menerusi kenyataan terbuka pada 7 Julai lalu yang mengarahkan parti berkenaan mengadakan pemilihan semula CEC.

DAP ketika hadir menyerahkan surat jawapan kepada RoS kelmarin, menyatakan kesediaan untuk mengadakan pemilihan semula CEC 'dalam keadaan protes' (under protest).

Naib Pengerusinya, Teresa Kok berkata parti itu tiada pilihan melainkan menuruti arahan RoS kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

Bagaimanapun Kok menegaskan, parti itu tetap mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana