INILAH KALAU NAWAITU DALAM DIRI TAK BETUL!!!!!!!MAHATHIR MENGAKU SILAP TAK ANGKAT MAT SABU JADI PM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengulangi lagi rasa kesalnya kerana menyokong pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

“Saya silap, saya sepatutnya angkat Mat Sabu jadi PM,” kata bekas perdana menteri itu seperti dilaporkan Sinar Harian, merujuk kepada Presiden Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu.

Pengerusi PPBM itu sebelum ini semasa mengumumkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) turut secara tidak sengaja melakukan kesilapan apabila mengumumkan Mat Sabu sebagai “presiden Umno”.

“Yang berbahagia Tuan Haji Mohamad Sabu, presiden Umno,” katanya menyebabkan sidang media menjadi bingit dengan gelak ketawa hadirin.

Dr Mahathir yang bersara pada 2003 telah memilih Tun Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Pada 2006 beliau bertindak menyerang kerajaan pusat pimpinan Abdullah.

Setelah Najib menggantikan Abdullah, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu sekali lagi bertindak menyerang kerajaan disusuli tindakannya menyertai pakatan pembangkang.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment