Ini kalilah kita hancurkan DAP

Pengundi Cina di negara ini perlu bangkit daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP yang gagal menunaikan janji pada pilihanraya umum sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ianya terbukti apabila slogan ‘Ini Kalilah’ yang lantang dilaungkan pembangkang pada PRU ke-12 dan 13 sebelum ini dilihat gagal serta tidak membantu mengubah nasih mereka.

“Oleh itu, ‘Ini Kalilah’ kita hancurkan DAP pada PRU-14 akan datang. Zaman DAP akan merudum, empayar DAP akan pecah dan Dinasti Lim Kit Siang akan runtuh.

“Saya seru orang Cina, cukup-cukuplah ditipu oleh DAP dan masa untuk patah balik kepada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Banda Hilir, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron; Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Latiff Tamby Chik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana