Ini Kah Bekas PEmimpinan PAS kata Begini!!!!!! Kelantan jangan jadi macam Afghanistan, pesan Amanah

KOTA RAJA: Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS perlu pastikan tafsiran perundangannya bersabit pindaan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017), betul dan tidak cacamarba.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata soal tafsiran tidak boleh diambil secara sambil lewa agar ia tidak menjadi kucar-kacir sepertimana negara Islam lain, seperti Afghanistan.

"Jika Kelantan merasakan ia satu cara untuk mencegah jenayah dengan adanya sebatan di khalayak ramai seperti yang ingin diajukan, terpulang kepada mereka. Itu pendekatan yang hendak digunakan, dimana elemen supaya gerun, takut merupakan terpenting yang diberikan penekanan.

"Pada Amanah, kita beri penekanan kepada soal pendidikan, penyelesaian masalah, saling membantu supaya keperluan melakukan jenayah tertentu ditutup serapat yang mungkin.

"Jika mereka rasa itulah pendekatan utama yang perlu diikuti, kita lihatlah. Namun kita tidak mahu ia jadi seperti Afghanistan semasa di bawah pentadbiran Taliban. Silap sedikit, disebat. Dengar radio lagu Hindustan pun diseret kemudian disebat... Kita kena tentukan elemen kasih sayang ," ujarnya kepada pemberita.

Khalid mengulas tindakan DUN Kelantan pada 12 Julai lalu yang meluluskan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017), yang mendapat sokongan sebulat suara oleh kesemua ADUN.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika membentangkan usul itu berkata terdapat beberapa faktor utama yang diambil kira bagi melakukan pindaan enakmen itu antaranya ia sudah berusia 15 tahun dan keadaan semasa dunia ketika ini yang berkembang terlalu pesat.

Pindaan itu menekankan tiga perkara utama iaitu hukuman sebat, bahan bukti menerusi video dan peruntukan kuasa kepada pegawai penguatkuasa agama negeri.

Exco berkenaan menjelaskan beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap RUU terdahulu, namun tiada kaitan secara langsung dengan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355 yang dibawa ke Parlimen pada tahun lalu.

Khalid, ketika mengulas lanjut berkata pentadbiran PAS di Kelantan sepatutnya melihat keperluan dan kesesuaian hukuman itu untuk dilakukan.

"Kita kena ambil kira perubahan masyarakat, pemikiran. Kadang kala perkara yang dilakukan dengan kaedah tertentu pada sesuatu masa tertentu sesuai dengan suasana dan pemikiran masyarakat pada ketika itu.

"Namun sekarang mungkin sudah berubah. Maka kena ambil kiralah perkara begitu. Namun pada masa yang sama untuk menepati apa yang ditetapkan dalam hukum syarak.

"Ada kalangan gerakan Islam berpandangan kena paksa seseorang itu untuk menjadi baik. Jika tiada elemen sebatan dan sebagainya, manusia itu akan terus jadi jahat," ujarnya lagi.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menambah apa sahaja yang dilakukan, lebih-lebih lagi melibatkan masyarakat Islam perlu berhati-hati agar tidak menimbulkan keraguan di kalangan penganut agama lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana