Hipokrasi pembangkang perlekeh kejayaan BN dibongkarkan...

Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri... itulah kisah Speaker Selangor, Hannah Yeoh yang dalam usaha nak perlekeh kejayaan kerajaan memodenkan pengangkutan awam dengan membina MRT.

Hannah dalam status facebook menyindir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dengan berkata: “Taxpayers’ money. Not his money," selepas Salleh berkata projek MRT adalah hadiah Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat.

Manakala Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju Datuk Dr Tan Yee Kew pulak berlagak sombong berkata Salleh tidak tahu membezakan antara tanggungjawab dan hadiah.

Namun apakah mereka terlupa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika merasmikan projek naik taraf Gurney Drive pada Februari 2016 juga berkata “projek itu hadiah kerajaan negeri kepada rakyat'.

Sudah pasti Guan Eng tidak mengguna duitnya sendiri. Bukankah itu duit pembayar cukai?

Inilah hipokrasi Pakatan yang sentiasa mencari peluang untuk menghasut rakyat membenci BN. Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, mereka diam seribu bahasa.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment