Hadi semakin sihat, ingatkan masyarakat Islam terus bersatu

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat semakin sihat selepas berehat panjang setelah menjalani pembedahan penggantian injap jantung di Institut Jantung Negara (1JN) pertengahan Mei lalu.

Hadi yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Terengganu hari ini bagaimanapun memaklumkan masih perlu berehat.

"InsyaAllah semakin pulih, tetapi kena berehat lagi," ujarnya kepada pemberita.

Dalam pada itu Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan umat Islam untuk terus bersatu-padu selain meminta penganut agama lain menghormati Perlembagaan Malaysia.

"Yang penting umat Islam perlu bersatu kembalikan semula kekuatan umat Islam yang menjadi teras kepada Malaysia.

"Masyarakat majmuk kena terima masyarakat Islam adalah teras dan Islam akan beri tempat kepada mereka menjadi rakyat dalam sesebuah negara. Mereka kena hormat Islam dalam perlembagaan begitu juga hak-hak agama lain," katanya lagi.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment