Felda Bukan Setakat Berjaya Basmi Kemiskinan, Kini Peneroka Kaya Raya

NIAT kerajaan Barisan Nasional mahu membantu golongan miskin melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bukan sahaja berjaya malah Felda ternyata mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada para peneroka dan juga keturunan mereka.

Gelaran jutawan kepada para peneroka Felda bukan lagi perkara pelik.  Rata-rata peneroka Felda dapat menikmati kesenangan hidup serta berbagai insentif lain lagi.

Pada awal perencanaan Felda oleh perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein adalah bermatlamat membasmi kemiskinan dan bukan mewujudkan kumpulan elit yang kaya raya, kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahir Abdul Samad.

Beliau berkata Felda telah membantu lebih daripada 110,000 orang peneroka dengan 1.2 juta tanggungan yang lain keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Ini adalalah kebijaksanaan Allahyarham Tun Abdul Razak yang berjaya mengangkat sebahagian besar masyarakat kampung dan luar bandar keluar daripada garis kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Peringkat Negeri Melaka dan Sambutan Hari Raya yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Tun Abdul Razak melakukan kesilapan dalam merencana Felda kerana hanya memberikan 10 ekar (4 hektar) tanah kepada peneroka menyebabkan peneroka tidak menjadi jutawan pada satu majlis di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

“Dr Mahathir lupa bahawa pendekatan Allahyarham Tun Abdul Razak dalam konsep Felda ialah untuk mengangkat seberapa ramai yang boleh keluar daripada kemiskinan dan bukannya untuk mewujudkan satu kumpulan kecil atau elit atau kroni yang kaya raya.

“Kalau untuk wujudkan yang kaya kena bagi seorang peneroka 100,000 ekar ataupun lebih luas daripada 10 ekar,” katanya dan menurutnya jika setiap peneroka diberi 100,000 ekar maka mereka akan kaya tetapi bilangan yang mendapat manfaat adalah tidak seramai hari ini.

“Jika mengikut cara Dr Mahathir… kroni, kumpulan kecil dan golongan tertentu sahaja yang mendapat faedah daripadanya,” katanya.

Shahrir berkata jika langkah yang ingin diguna oleh Dr Mahathir tepat, beliau sepatutnya mengunakan kaedah tersebut ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun dahulu.

Beliau turut mempersoalkan kenapa ketika menjadi perdana menteri, Dr Mahathir hanya memberi tumpuan kepada Kuala Lumpur sahaja dan tidak kepada pembangunan luar bandar serta sektor pertanian.

“Hari ini baru kita dapat lihat hasil usaha daripada Allahyarham Tun Abdul Razak, (bekas Timbalan Perdana Menteri) Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, (perdana menteri kelima) Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak apabila pertanian berjaya dijadikan sebagai satu perusahaan yang menyumbang kepada ekonomi,” katanya.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana