Dulu Bukan Main Hina Dan Kutuk Pada Madey!!!!!! Izzah kata jumpa Tun M di London untuk bincang pakatan reformasi

SHAH ALAM: Pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad di London baru-baru ini adalah bertujuan membentuk sebuah pakatan berasaskan reformasi serta dalam usaha demi Malaysia yang lebih baik.

Memetik laporan Sinar Harian, Izzah bagaimanapun kesal bagaimana isu pertemuan itu disalah tafsir, sehingga ia dikaitkan dengan usaha menyelamatkan krisis kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mendakwa laporan media terhadap pertemuan itu juga sebagai cubaan menggugat kebersamaan parti-parti pembangkang di dalam PH.

"Kesemua serangan ini berpunca pasca berita berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencapai kesepakatan antara Pakatan Harapan dan parti Bersatu demi usaha formaliti membentuk barisan reformasi pembangkang menentang kerajaan Barisan Nasional yang melindungi kleptokrat atau perompak bangsa," katanya.

Jelas Izzah, sebab utama pertemuan adalah usaha konsisten demi Malaysia, dan ini petunjuk jelas bahawa ketakutan mereka yang berada di dalam tampuk kekuasaan kelihatan gentar dengan kesatuan ini.

"Saat Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil bersama untuk rakyat bakal menggegar kekuatan rakyat yang mana julung kalinya bakal meraih semula negara dari tangan para pemerintah elit.

"Alangkah ruginya jika kita tidak mampu mengambil peluang ini, yang mana membuktikan kita di pihak yang benar memandangkan campur tangan meluas dari pihak atasan yang tampil membuat kenyataan balas dan serangan bertubi-tubi," ujarnya lagi.

Terdahulu Izzah dan Dr Mahathir dikatakan mengadakan pertemuan pada awal Aidilfitri lalu menerusi laporan sebuah portal.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika mengulas isu pertemuan itu baru-baru ini menolak kemungkinan ia diadakan untuk membincangkan masalah dalaman PH.

Beliau juga menegaskan apa sahaja perbincangan berkenaan PH perlu dilakukan melalui mesyuarat.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL