DEngki !!!! PPR Lembah Subang: Kerajaan Selangor panik, cemburu usaha KPKT

 Kerajaan Selangor cemburu dan panik bantuan Kerajaan Persekutuan mendapat sambutan penduduk di Lembah Subang 1, kata Datuk Yusoff HM Haniff.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Lembah Subang (JKPLS) itu membidas tindakan Kerajaan Selangor menerusi Majlis Perbandaraan Petaling Jaya (MBPJ) yang menyerahkan notis pengosongan terhadap pejabat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang beroperasi di salah satu blok Program Perumahan Rakyat (PPR) di situ.

Menurut Yusoff yang juga Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, inilah kemuncak provokasi Kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap usaha KPKT membela nasib penduduk Lembah Subang 1 yang dinafikan selama 9 tahun untuk menikmati kehidupan yang sejahtera di situ.

“Keprihatinan KPKT menerusi usaha keras Tan Sri Noh membela nasib penduduk di situ mula menimbulkan rasa cemburu dan panik Menteri Besar.

“Azmin mula panik apabila penduduk Lembah Subang mengalu-alukan bantuan yang diberikan KPKT setelah menderita hampir 9 tahun diabaikan oleh Kerajaan Selangor,” jelasnya.

Yusoff berkata demikian pada sidang media khas, di Kelana Jaya, Rabu.

Menurutnya lagi, surat bertarikh 17 Julai 2017 yang dikeluarkan MBPJ tersebut dipercayai atas arahan Kerajaan Selangor yang sentiasa tidak senang dengan usaha KPKT dalam menyediakan kehidupan lebih sejahtera kepada penduduk PPR di situ.

“Adalah menghairankan apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi surat arahan kepada kementerian induknya.

“Saya percaya MBPJ telah melihat banyak perubahan yang telah dilakukan KPKT untuk mengatasi masalah penduduk di situ.

“Saya juga percaya surat arahan itu adalah atas arahan Kerajaan Selangor yang mula menjadi cacing kepanasan dengan pelbagai usaha KPKT,” katanya.

Tambah Yusoff lagi, tindakan MBPJ itu boleh dianggap menghina, menjatuhkan maruah dan menafikan hak rakyat PPR Lembah Subang 1 untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di bawah pengurusan KPKT berbanding di bawah pengendalian Kerajaan Selangor yang dianggap gagal melaksanakan tanggungjawab mereka meskipun sentiasa melaungkan slogan peduli rakyat.

“Inilah sifat double standard Kerajaan Selangor. Pejabat KPKT terletak di dalam blok PPR dan kawasan tersebut sememangnya tanah KPKT beroperasi untuk menjaga segala hal ehwal dan kebajikan PPR tersebut.

“Tetapi pejabat MBPJ telah dibina sebelah blok pejabat KPKT, itupun selepas melihat KPKT mewujudkan pejabatnya di situ. Mereka telah menukarkan pondok polis di situ sebagai pejabat MBPJ.

“Mereka hapuskan pondok polis di situ untuk jadikan pejabat dan sekali lagi kepentingan mengenai keselamatan di PPR tersebut diabaikan,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL