Dasar Kuku Besi DAP, Pemimpin Sendiri Mereka Berani “Kuburkan”

“Pahlawan Merah”  yang amat hebat diprovokasikan oleh DAP pada tahun 1969 adalah tindakan DAP yang menggunakan orang mati sebagai isu  sentimen perkauman atas dasar kepentingan politik ketika itu.

Mungkin ramai yang tidak  tahu bahawa segala taktikal yang dilakukan oleh DAP sekarang telah pun berlaku sebelum ini. Semuanya dikitar semula untuk  menerbitkan rasa kebencian diantara kaum di Malaysia.

Bukan itu sahaja, atas tidakkan tersebut DAP  telah mengekploitasikan  sentimen bahawa masyarakat Cina adalah satu masyarakat yang ditindas dan tidak mendapat keadilan. DAP telah mengwar-warkan bahawa kematian yang berlaku adalah satu perancangan jahat musuh politik mereka.

DAP akan terus mengunakan isu tersebut  sehingga sekarang, Tan Beng Hock, Kugan yang seorang penjenayah merbahaya juga dianggap oleh DAP bahawa kematian mereka adalah satu penganiayaan.

Semua ini dilakukan oleh DAP untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan yang sedia ada telah melakukan kekejaman dan penindasan terhadap kaum yang lain di Malaysia. Dalam mewujudkan kebenaran berita palsu mereka, DAP terus menolak apa juga bentuk keputusan siasatan yang dijalankan.

Secara tidak langsung ianya telah menaikan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan terus beranggapan bahawa kerajaan yang  memerintah semestinya ditentang. Dalam isu diatas kita telah melihat betapa  keluarga kedua-dua mangsa  telah melakukan tuntutan akibat terhasut  dengan tindakan DAP.

Sejak dahulu lagi DAP telah menyemarakan api kebencian dengan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka didalam politik dengan cara yang tidak  sihat dan keterlaluan. Api kebencian ini diterapkan dalam pelbagai bentuk dan cara agar rakyat melakukan penentangan terhadap kerajaan.

Begitu juga DAP yang menghebahkan keduduakn mereka sebagai sebuah parti yang tidak mengamalkan perkauman, namun hakikatnya DAP hanya sebuah parti yang amat tebal sikap perkauman yang telah menjadi amalan  mereka turun temurun.

Mana tidaknya, jika kita buktikan bahawa DAP adalah parti perkauman dengan melihat barisan kepimpian  yang ada didalam CEC itu sendiri telah menunjukkan kegagalan dari sudut komposisi kaum yang menyertainya.

Jika benar DAP sebuah  parti berbilang kaum, kita akan dapat melihat barisan kepimpinan yang ada sekarang  mungkin dibarisi dengan peratus  kaum lain. Namun ianya tidak ada  langsung. Sekurang-kurangnya  penglibatan jawatan didalam CEC mencapai 30%  dikalangan kaum lain.

Pada dasarnya tiada Melayu yang ada didalam CEC sebelum ini, dan terpaksa dilakukan pemilihan untuk kali kedua  hanya untuk memasukkan seorang Melayu didalam barisan CEC mereka. Jadi kita dapat bayangkan  dan fikirkan bagaimana  DAP boleh mengatakan  DAP sebuah parti berbilang kaum?

Tiada amalan demokrasi didalam DAP, ia sebuah parti yang mengamalkan dasar kuku besi yang amat ketara.  Sikap kuku besi yang menjadi amalan dua beranak ini amat ditakuti sehinggakan tiada yang sanggup bersuara untuk  melahirkan pendapat.

Jika kita imbas kembali bagaimana  Lim Kit Siang telah berusaha mencantas beberapa orang tokoh hebat didalam DAP yang mengancam kedudukan  mereka dua beranak ini, kita akan lihat bagaimana diktatornya Lim Kit Siang

Diantara tokoh yang telah dicantas oleh Kit Siang ialah Lee Lam Tyle,  Lim  Chong Hock, Hu Sang Pang, Chan Teck Chan,  Wee Choo Keong  dan sekarang kita lihat beberapa lagi tokoh dari DAP Melaka yang dijadikan mangsa kuku besi DAP.

Mana-mana pihak  yang  sentiasa membantah dan tidak mengikut telunjuk DAP sudah pastinya akan menerima nasib yang malang didalam DAP. Semuanya akan dicantas jika tidak mengikut telunjuk Kit Siang dan  Guan Eng.

Ini lah cara DAP dan Kit Siang mengekalkan kuasa  nepotisme  yang menjadi amalan DAP. Jika diikutkan secara logiknya, jika pemimpin mereka sendiri  mereka boleh  benamkan, Apa lah sangat jika bukan dari DAP. Ianya tidak bermakna langsung bagi mereka.

Jadi mana-mana Melayu yang tidak sedar lagi tu, bawa la banyak membaca sejarah politik DAP dan bukan hanya terpengaruh dengan  kata-kata manis DAP. Ia sebuah parti yang amat rasis dan bersikap kuku besi.

Penolakan DAP didalam Pilihanraya akan datang adalah satu tindakan yang bijak oleh orang Melayu sekarang yang menyokong DAP. Sesuatu yang sudah menjadi milik DAP sudah pastinya tidak akan berjaya diambil semula walaupun beratus tahun akan datang.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana