CALON MB KELANTAN: RAKYAT KELANTAN BIJAK MENILAI – AHMAD YAKOB

Rakyat Kelantan mampu membuat penilaian yang bijak sebelum memilih siapa yang lebih layak menjadi pemimpin di negeri itu, ujar Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat pemimpin de facto Pakatan Harapan Lim Kit Siang, untuk menggantikan beliau dengan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Kenyataan Kit Siang itu adalah perkara biasa dan petanda sesebuah parti mahukan kuasa. Perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan setiap kali menjelang pilihanraya Umum (PRU).

“Malah, perkara sama juga pernah disuarakan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Justeru, saya tidak tergugat dengan kenyataan seperti itu. Apapun saya pasti rakyat Kelantan bijak,” katanya.

Kit Siang baru-baru ini mahu Husam yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika tampuk pemerintahan negeri itu berubah dalam PRU akan datang.

Kit Siang berkata, pemilihan Husam dibuat bagi membawa perubahan besar kepada Kelantan yang selama ini diperintah oleh kepemimpinan PAS.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, pemilihan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar adalah pilihan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Allahyarham Datuk Nik Aziz pun tidak memilih Husam sebagai Menteri Besar ketika hanyatnya. Jadi, saya berpendapat rakyat boleh berfikir sama ada bersetuju atau sebaliknya mengenai cadangan Kit Siang,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment