Balik Ke MELAKA Tak Boleh Cari MAkan....

Penduduk Pulau Pinang tidak perlukan kamu lagi Lim Guan Eng. Rakyat Pulau Pinang sebenarnya hidup terseksa di bawah pentadbiran kerajaan DAP yang hanya memenangi hati pengundi yang berkasta tinggi sahaja.

Manakala penduduk dan rakyat yang berpendapatan rendah DAP abaikan begitu sahaja tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Lim Guan Eng Balik Melaka !!!

Itulah slogan yang sering dilaungkan oleh penduduk dan pengundi Pulau Pinang sejak beberapa siri penipuan dan penindasan yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng sepanjang 2 penggal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Puak Pakatan Harapan terutamanya parti rasis dan cauvinis DAP sememangnya gemar buat drama untuk menagih simpati dari rakyat. Bila gagal untuk menutup salahlaku mereka, mulalah mereka mencari alasan dan menggunakan taktik licik dengan meletakkan kesalahan mereka kepada orang lain.

Tindakan itu untuk mengalih perhatian rakyat daripada masalah yang membelenggu mereka sekarang ini. Itulah cara parti rasis dan cauvinis DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Parti yang tidak ada pendirian dan tidak pernah mengakui kesalahan mereka.

Malah kepimpinan DAP ini juga tidak boleh terima sebarang pandangan serta kritikan yang diberikan walaupun dari mereka yang menjadi ahli partinya sendiri.

Lebih jeliknya parti ini bila gemar menggunakan taktik licik di mana menjadi bisu atau membuat ugutan tindakan saman bagi mengalih dan menutup sesuatu isu yang terpalit ke atas mereka.

Pemilihan CEC DAP tidak mahu diadakan semula adalah untuk mempertahankan jawatan dinasti Lim di dalam DAP. Lim Guan Eng dengan status Setiausaha Agong DAP manakala pemimpin yang berkepentingan ke atas mereka juga diangkat secara automatik memegang tampuk pemerintahan DAP.

Buat Semula Pemilihan CEC, Atau Dinasti Lim Takut 'Turun Takhta'?

Keluarga Lim nyata tercabar dengan pengaruh Naib Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw dalam kalangan ahli akar umbi.

Atas pengaruh yang besar itu, mereka tidak mahu membuat pemilihan semula sebab ada kemungkinan besar Lim Guan Eng akan dikalahkan, dan begitu juga Kit Siang yang sebenarnya takut dengan kedudukan semasa Dr Tan Seng Giaw.

Kedua beranak dan kroni Dinasti Lim ini perlu menerima kenyataan bahawa Dr Tan disukai oleh ramai ahli akar umbi daripada mereka berdua yang hanya melakukan sandiwara dan lakonan semata-mata untuk meraih simpati dan undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana