BALI: BODOH & KURANG DIDIKAN AGAMA PUNCA PENYOKONG PAKATAN MUDAH PERCAYA

KESIMPULAN yang penulis dapat dari fitnah yang bertebaran semalam kononnya Perdana Menteri menempah sehingga 41 buah “Presidential Suite” ketika bercuti di Bali sekarang adalah, penyokong Pakatan/Mahathir yang menyebarkan benda tak betul ini sebagai bodoh dan kurang/takde langsung didikan agama.

Jika guna otak dan ada sikit-sikit pengetahuan agama, tiada siapa yang akan percaya ada hotel yang membina sehingga 41 buah Presidential suite, sebab bodohlah benda mudah macam ini pun boleh masuk kepala juga.  Malangnya, inilah majoriti orang yang kita berlawan di media sosial ini pun.

Sebab itu kadang-kadang perbahasan mengenai sesuatu isu, boleh melarat sebab berhujah dengan orang bodoh.  Hidup pun ada mati tapi berhujah dengan penyokong Pakatan/Mahathir ibarat main bola takde gol dan pengadil, entah apa nak dikejar dan sampai bila sudahnya.

Tapi cuba hujah pasal buruk pemimpin dia tu kang – ambik kes liwat Anwar sebagai contoh, guna bukti saintifik pun masih tidak percaya lagi.  Waima persoal Mahathir ke London untuk berhari raya, meninggalkan rakyat di kala dia sedang menawarkan diri sendiri sebagai Perdana Menteri pun, dibaca macam bapak duduk di KL, melawat anak duduk di Kokdiang saja lagaknya.  London yang kita cakapkan ni, bukan seratus dua punya kos.

Kadang-kadang penulis rasa teori Darwin yang mengatakan manusia berasal dari beruk tu, mungkin merujuk kepada penyokong Pakatan/Mahathir hari ini, melihat kepada betapa bodohnya mereka.

Bagi rakyat kebanyakkan yang lain, insiden ini harus dijadikan pengajaran supaya jangan percayakan penyokong Pakatan/Mahathir.  Datuk Sri Najib Tun Razak ini adalah pemimpin yang amanah, jujur dan dasar pentadbirannya telah terbukti membawa banyak kebaikan kepada rakyat.  Tak mungkin beliau akan menjejaskan semua itu dengan benda yang tak masuk dek akal.

Oh ya, nak sebut.  Najib bukan sahaja seorang Perdana Menteri, beliau adalah juga anak kepada bekas Perdana Menteri dan sudah jadi resmi di negara ini, belum ada seorang pun anak bekas Perdana Menteri yang kita tahu hidupnya papa kedana – tengok anak-anak Mahathir saja dah cukup, majoriti besar jutawan, billionwan.  KALAU betul pun beliau nak bermewah pada waktu cutinya, itu tidaklah begitu mengejutkan melihat kepada latar belakangnya yang memang ada duit – tak payah guna duit rakyat pun tak apa.

KALAU lah yang kita cakapkan ni, dalam kes ini tak berlaku macam itu pun.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL