AZMIN DAN GUAN ENG BERGADUH DISEBABKAN WAN AZIZAH?

Inilah puak Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan PPBM, dikatakan ‘bersatu’. Dari awal lagi puak Pakatan Harapan menunjukkan ketidaksepakatan dalam memilih siapa calon perdana menteri. Kini, bertelagah berhubung isu Pakatan Rakyat pula.

Ini dapat dilihat dalam perbalahan antara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai kewujudan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Azmin dilaporkan berkata bahawa kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat masih wujud berikutan mandat yang diterimanya pada pilihan raya umum lepas, manakala Parti Amanah Negara (Amanah) adalah anggota gabungan Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan itu bagi mengulas laporan sebelum ini di mana para pemimpin PAN Selangor ingin mengetahui mengapa Azmin tidak membentuk sekretariat Pakatan Harapan (PH) negeri, tetapi sebaliknya bertegas meneruskan kerjasama dengan PAS.

Bagaimanapun, pada Khamis, Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP yang belum sah jawatannya itu menyangkal kenyataan Menteri Besar Selangor itu dengan berkata “Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.”

Isu berkenaan terus hangat diperkatakan, namun bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dilihat sengaja biarkan Azmin dan Guan Eng bertelagah mengenai isu tersebut.

Apabila diminta mengulas tentang perkara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, hanya berkata, memenangi pilihan raya umum akan datang adalah lebih penting bagi pembangkang ketika ini.

“Azmin yang komen, komen lah…paling penting bagi kami ialah memenangi pilihan raya nanti,” kata isteri bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Pakatan Rakyat dianggotai parti rasis dan cauvinis DAP, PAS dan PKR, sebelum dibubarkan pada Julai 2015 berikutan perbalahan antara PAS dan DAP.

Sebelum ini, Majlis Syura PAS juga telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR, tetapi di Selangor, kedua-dua parti itu mengekalkan hubungan mereka bagi membolehkan tiga anggota dewan undangan negeri PAS terus menduduki kerusi exco hingga pilihan raya umum akan datang. -Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana