ANAK MB JOHOR SERTAI PPBM?

KENYATAAN MEDIA

SYAIFUL RIZAL ABD GHANI
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru membidas kenyataan Sheikh Omar Ali Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Kluang dalam sebuah portal kononnya generasi baru UMNO Johor termasuk anak Menteri Besar Johor sendiri telah cenderungan menyokong PPBM.

Akmal Saufi Mohamed Khaled, anak Menteri Besar Johor, merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru. Selaku Ketua Pemuda, saya telah menyerahkan tugasan kepada saudara Akmal untuk segera membuat majlis penerangan tentang isu-isu semasa kepada sayap Pemuda, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan sukarelawan. Kesetiaan dan dedikasi beliau terhadap parti tidak boleh dipertikaikan sesiapa.

Dalam masa yang sama tambahnya, UMNO Johor di bawah kepimpinan Dato’ Mohamed Khaled Nordin sentiasa bekerja keras untuk memastikan Johor tetap fixed deposit kepada BN dan ini adalah sokongan yang yang lebih bernilai dan paling bermakna kepada YAB Perdana Menteri.

Sebarang perbezaan pendapat serta pendekatan oleh UMNO Johor tidak boleh diterjemahkan sebagai penentangan kepada kepimpinan tertinggi. Ianya adalah bukti bahawa UMNO mengamalkan politik matang dan amat demokratik.

Lupakan hasrat untuk menawan Johor. Saya yakin Bangsa Johor akan menggagalkan hasrat Lim Kit Siang dan DAP untuk menjadikan Johor sebagai Pulau Pinang ke-2.

Johor tidak sesuai ditadbir oleh DAP atau proksinya (PKR, PAN dan PPBM) kerana DAP diketahui ramai bukan sahaja anti Islam dan anti Melayu, malah dikhuatiri turut anti kepada Institusi Di Raja. Ini merupakan tiga perkara yang akan dipertahankan serta diperkasakan oleh UMNO sampai bila-bila.

Mungkin Sheikh Omar ingin menghiburkan majikan beliau di dalam DAP, namun saya syorkan beliau untuk segera buat temujanji dengan pakar psikiatri. Beliau seolah-olah berhalusinasi ketika mengeluarkan kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL