ADAKAH ANDA TIDAK BOLEH BERFIKIR WARAS LAGI?

Adakah politik Malaysia hari ini begitu kompleks untuk dihadam, dicerap dan difahami oleh orang-orang Melayu?

Tidak adakah kayu ukur untuk memahami konflik politik hari ini?

Banyak peristiwa dan situasi yang kelihatan tidak masuk akal berlaku, tetapi kenapa jarang orang yang dapat memahaminya?

Perkara yang mudah pun seperti tidak dapat difahami oleh orang ramai.

          Saya tidak faham bagaimanakah rakyat Malaysia hari ini berfikir, dan apakah motivasi mereka bertindak. Terlalu banyak perkara yang tidak logik jika difikirkan. Adakah begitu teruk sekali pemikiran orang ramai hari ini?

Misalnya, berkenaan penentangan Dr Mahathir ke atas pentadbiran Datuk Seri Najib atas nama mahu menyelamatkan rakyat. Untuk maksud itu, beliau bergabung dengan seteru-seteru politik beliau seperti pemimpin DAP dan PKR.

Orang yang waras, yang masih rasional dan boleh berfikir, tanpa perlu memerah otak sekalipun, mereka akan menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan Dr Mahathir dan pakatan pembangkang ini. Apakah perjuangan mereka sebenarnya?

Takkanlah DAP, yang terkenal dengan sikap anti-Islam dan Melayunya, melalui ucapan-ucapan pemimpin mereka, mahu kita harapkan ikhlas berjuang untuk negara, melainkan hanya untuk menguasai negara ini? Kita sepatutnya sedar ia hanyalah tindakan menangguk di air keruh.

            Dan logikkah alasan Dr Mahathir mahu menyelamatkan negara dengan mengenepikan semua prinsip-prinsip beliau selama ini?

Ia seperti membakar kelambu kerana seekor nyamuk, tetapi mengakui mahu menyelamatkan rumah. Ia adalah suatu tindakan bodoh, melainkan kita tahu yang Dr Mahathir sanggup membakar negara ini untuk menyelamatkan kepentingan-kepentingan peribadi beliau yang berkaitan kekayaan dan kroni-kroni beliau.

Apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir hari ini, anda boleh rujuk sendiri apa yang telah beliau lakukan, adalah satu kerja gila. Dan lebih gila lagi jika anda mengikut dan membenarkan tindakannya itu.

Macam mana orang yang mengaku waras dapat menerima tindakan Dr Mahathir itu, saya pun tidak dapat memikirkannya.

Adakah kita ini terlalu bodoh untuk mempercayainya? Perkara yang jelas semua itu hanyalah perjuangan yang palsu, bukan untuk rakyat. Atas alasan apakah untuk anda menerima semua ini?

Adakah ia boleh dipanggil berjuang untuk rakyat dan negara, tetapi bersekongkol dengan pihak asing untuk menumbangkan pemimpin dan kerajaan sedia ada?

Tak perlu berbahas lebih jauh sebenarnya. Orang yang pernah mendakwa DAP itu rasis dan bahaya kepada orang-orang Melayu dan perpaduan negara, individu itulah hari ini yang bersama DAP. Tidakkah itu gila kepada akal yang waras, sedangkan ciri-ciri dan perjuangan DAP tidak pernah berubah?

Bahkan kerana kebodohan anda itulah Dr Mahathir boleh bercakap apa sahaja, kerana beliau tahu anda sudah tidak boleh berfikir lagi. Otak anda sudah lumpuh. Beliau boleh berhari-raya di luar negara tanpa menghiraukan sensitiviti orang ramai yang menyokong beliau. Beliau boleh menayangkan kekayaan, kereta-kereta mewah dan majlis ulangtahunnya yang mewah, yang ditaja oleh kapitalis bukan Islam.

Dan anda hanya menyaksikan semua itu seperti orang bodoh yang tidak boleh berfikir lagi.

Tanyalah diri anda, yakinkah anda individu yang hidup sebegitu mewah mahu berjuang untuk anda? Tidakkah terlintas di benak anda yang anda hanya dimanipulasi oleh mereka untuk mengekal dan menambahkan kekayaan mereka?

Dr Mahathir yang suatu masa dahulu musuh ketat Lim Kit Siang hari ini boleh memuji Lim Kit Siang. Dr Mahathir yang dahulunya memenjarakan Datuk Seri Anwar kini berkempen untuk membebaskannya.

Adakah Dr Mahathir sudah menjadi bodoh kerana kekayaannya, dan pemimpin-pemimpin yang pernah menentang beliau sudah gila atau anda sendiri yang bodoh?

Adakah kita sudah menjadi terlalu bodoh untuk memahami semua permainan politik ini? Apakah kebodohan telah menjadi nilai-nilai yang sudah mapan (establish) dalam masyarakat?

Saya tanyakan anda persoalan-persoalan ini, fikirkanlah kenapa anda menjadi begitu bodoh.

Begitu juga dalam soal yang lain, bagaimana anda seronok menyerang institusi raja, Tabung Haji, Jakim, badan kehakiman, polis dan sebagainya. Kerana apa? Kerana hasutan pemimpin-pemimpin politik yang mahu merebut kuasa.

Anda seolah-olah tidak sedar, seburuk-buruk apapun kerajaan hari ini, apabila semua institusi tadi hilang wibawa dan tidak lagi dihormati, nasib anda akan menjadi lebih buruk lagi selepas itu. Ia adalah ibarat rumah perlindungan anda. Walau buruk atau daif sekalipun, ia tetap melindungi anda. Langkah anda yang sepatutnya adalah memperbaikinya, tetapi apa yang kini anda sendiri lakukan adalah meruntuhkannya.

Saya juga tidak faham bagaimana orang-orang Melayu beragama Islam boleh menerima atau berkompromi dengan budaya LGBT kerana ia jelas perkara terkutuk dalam Islam tanpa dakwa-dakwi lagi. Atas alasan apa-apapun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kenapa pemimpin-pemimpin pembangkang bertoleransi menerima agenda ini?  Ya, kenapa mereka menjadi begitu bodoh? Kerana penganjur pertubuhan-pertubuhan songsang ini adalah bersama mereka menentang kerajaan. Itu saja sebab-sebabnya.

Kalimah Allah juga anda gadaikan kepada orang-orang bukan Islam. Terlalu bodoh sangatkah anda untuk mengetahui ia adalah agenda untuk mengelirukan anak bangsa anda, untuk menyamatarafkan semua agama? Tidak tahukah anda itu semua adalah agenda Pluralisme?

Pada zaman persekolahan dahulu, anda tentu diberitahu bagaimana liciknya gerakan misionari menyebarkan fahaman mereka melalui badan-badan amal mereka dengan wajah kasih-sayang, tetapi hari ini kerana baiknya pihak gereja ke atas anda, anda memperlekeh institusi-institusi agama anda sendiri. Hari ini anda boleh menerima pemimpin-pemimpin yang bangga berucap di majlis-majlis gereja.

Apabila harga minyak petrol naik, anda menyalahkan kerajaan seolah-olah kerajaan yang menetapkan pasaran harga dunia. Tidakkah ini tidak masuk akal. Bahkan kerajaan manapun yang mentadbir negara, pasaran harga dunia bukanlah mereka yang tentukan.

Anda meletakkan politik di atas segalanya, sedangkan politik itu hanyalah alat untuk memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair anda. Sebaliknya anda mengorbankan agama, bangsa dan tanahair anda untuk politik.

Tidakkah ini tindakan orang bodoh yang hilang punca?

Dalam hal-hal seperti Lahad Datu diserang atau tragedi MH370 dan MH17, anda masih lagi tidak boleh bersatu malah cuba mempolitikkan perkara ini.

Saya faham, jika anda bukan orang Melayu dan bukan pula beragama Islam, patutlah anda mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada, kerana kerajaan hari ini tonggaknya adalah orang-orang Melayu-Islam. Malangnya, anda yang berbangsa Melayu dan beragama Islam ini, kenapa begitu cetek akal sekali berpolitik?,

Tidak terlintaskah dalam fikiran anda yang orang-orang bukan Islam tidak akan pernah ikhlas membantu anda melainkan hanya untuk mempergunakan anda demi menghancurkan agama, bangsa dan tanahair anda?

Hari ini, apabila tokoh-tokoh pembangkang bukan Islam mempertikai perihal agama Islam dan orang-orang Melayu, bukan sahaja anda tidak menentang mereka, malah anda pula yang membela mereka apabila mereka dibantah oleh orang-orang Melayu yang lain.

Apakah lagi yang boleh dipanggil dengan tindakan ini, selain daripada kebodohan?

Mungkin kita semua ini sudah menjadi bodoh kerana politik.

Anda sepatutnya bermuhasabah diri kerana anda sudah tersasar jauh daripada hakikat seorang insan yang boleh berfikir dengan waras dan adil.

-Azman Hussin-

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL