3 JAWATAN UTAMA DALAM PAKATAN HARAPAN TANDA POLITIK PEMBANGKANG BERCELARU

Pakatan Harapan (PH) masih memerlukan khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan sokongan rakyat terutama golongan reformasi kekal dalam arus politik perdana negara. Ternyata Dr Mahathir hilang pengaruh kerana rekod buruknya sebagai pemimpin korup era pemerintahannya yang akan menjadi beban kepada parti PH. Lebih buruk lagi parti pembangkang yang kini kawannya juga pernah melabelnya sebagai Ketua Perompak.

Perlantikan 3 orang ketua untuk memimpin PH adalah ibarat politik kartun dan ianya tidak pernah dibuat oleh mana-mana parti. Dalam hal ini, PH perlu menerangkan dengan lebih jelas perbezaan fungsi ketua umum, pengerusi dan presiden gabungan itu. Apabila dihayati dan dikaji, terdapat pertembungan personaliti dalam ketiga-tiga jawatan di dalam PH itu yang secara tidak langsung telah menimbulkan kegusaran rakyat.

Kedudukan ketua umum masih lagi untuk membuat keputusan dan memberikan arahan, manakala pengerusi berfungsi untuk menetapkan, mencari platform atau landasan bagi perjalanan perbincangan, diskusi serta sumbang saran dalam PH.

Presiden pula memainkan peranan dalam melaksanakan serta menggerakkan perjalanan PH. Kita juga harus melihat kedudukan dewan presiden, iaitu badan tertinggi dalam PH, di mana ketuanya ialah Datuk Seri Wan Azizah. Jesteru itu, 3 jawatan tertinggi ini jelas akan menyebabkan pertindihan kuasa malahan boleh menyebabkan kecelaruan dalam memberi arahan dalam parti.

Perlu diingatkan bahawa baru-baru ini wujud dilema tentang mengapakah mesyuarat dipengerusikan oleh pengerusi dan bukan oleh presiden di bawah dewan presiden yang berperanan sebagai dewan harian atau yang menentukan perjalanan harian PH itu sendiri. Dalam konteks ini, jika tidak wujud penjelasan yang lebih jitu dan menyakinkan maka akan wujudlah persepsi secara berterusan ke atas PH yang sememangnya akan melemahkan imej dan kredibiliti PH.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana