Zambry pemimpin contoh tangani masalah kemiskinan - PM

 Inisiatif kerajaan negeri Perak melalui Yayasan Bina Upaya (YBU)  akan menjadi model nasional dalam usaha kerajaan pusat menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat di Negara ini.

Demikian dibayangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Gantang semalam (Rabu) dalam rangka lawatan sehari ke daerah ini. Dengan lain erti kerajaan pusat tertarik dengan perlaksanaan YBU dalam konteks membenteras Kemiskinan tegar di Perak.

Untuk rekod YBU adalah inisiatif dan idea asal  Menteri Besar (MB) Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir sebaik menjadi MB pada 2009. Diperingkat awal perlaksanaan dan programnya dikritik pembangkang, kini YBU mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Contoh pada 28 Oktober,2014 YBU memperoleh anugerah khas Kewangan Islam Global 2014 (GIFA), yang berlangsung di Dubai. Ia mengiktiraf usaha menangani masalah kemiskinan di Perak.

Serentak dengan itu Zambry juga diiktiraf sebagai pemimpin contoh atas sumbangan menangani masalah kemiskinan dengan mengilhamkan YBU.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan Perak melalui pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang telah mewujudkan YBU yang beliau difahamkan mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa sebagai sebuah yayasan yang menjalankan program yang amat berkesan untuk rakyat negeri Perak.

"Yayasan ini menjalankan program seperti kedai bergerak untuk penduduk mereka yang miskin dan dari golongan berpendapatan rendah.

"Lihat saja sebentar tadi harga yang ditawarkan lebih rendah daripada harga runcit

"Jadi ini contoh yang amat baik yang MB Perak telah lakukan.

"Bahkan hari ini juga pelbagai bantuan diberikan oleh YayasanTabung Haji Malaysia

'Wang zakat diberikan terus kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan,"katanya.

Najb berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Jom Bantu Rakyat dan sumbangan zakat Yayasan Tabung Haji di Taman mewah Fasa 1, Kamunting petang tadi (Rabu).

Dalam program sama, Perdana Menteri juga  mengumumkan berita terbaharu bahawa Bank Dunia telah menaikkan unjuran perkembangan ekonomi negara untuk tahun ini daripada 4.3 peratus kepada 4.9,peratus.

"Sebab kita lihat suku pertama tahun ini ekonomi negara telah berkembang 5.6 peratus.

"Jadi siapa kata negara bangkrap... siapa kata Malaysia ini negara gagal?.

Siapa kata kita tak pandai urus tadbir negara kita?," katanya.

Menurut beliau segala tohmahan ini dibuat kerana mereka (pembangkang) disana irihati atas kejayaan kejayaan kerajaan BN dan mereka tiada modal lagi.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri  menganggap dakwaan yang mengatakanTabung Haji salah guna kuasa sebagai fitnah semata-mata.

Menurut beliau, Tabung Haji ini satu badan kebanggaan umat Islam seluruh dunia dan tidak disalahgunakuasa sama sekali.

"Saya nak jelaskan tuan-tuan Yayasan Tabung Haji ini menggunakan wang zakat diberikan terus kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan

"Jadi tidaklah benar Tabung Haji  gunakan duit Tabung Haji seperti kata pembangkang tapi ini adalah keperluan zakat... zakat yang diwajibkan diatas keuntungan... maknanya kalau kita penganjur untung kita bayar zakat.

"Tabung Haji boleh bayar (zakat) kepada majlis agama ataupun terus kepada rakyat .. . . sebahagian dibayar terus kepada rakyat melalui Yayasan Tabung Haji," katanya.

Najib berkata kerajaan yang dipimpin UMNO dan BN tidak membiarkan ekonomi negara pesat berkembang dimana yang kuat akan lebih berjaya.

"Dengan ini maka yang berjaya akan terus menjadi lebih kaya.
Sistem ekonomi yang terbuka seperti ini akan menyebabkan jurang pendapatan semakin hari semakin berubah.

"Kerajaan pimpinan UMNO dan BN tidak berpegang pada falsafah  ekonomi yang lebih besar dan terbuka sebaliknya kita tentukan campurtangan kerajaan secara membina dan konstruktif supaya mereka yang memerlukan bantuan dapat diberikan bantuan.

"Bukan secara pukal tetapi secara bersasar... ini kita boleh (dilakukan) khusus kepada individu dan keluarga yang memerlukan bantuan,"katanya.

Menurut Najib ini jelas membuktikan kerajaan sedia ada mementingkan kebajikan rakyat sepanjang masa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana