WALAU PAKATAN CADANG CALON PM, UMNO KEKAL TEGUH MAMPU MENANG PRU14

Walaupun pihak pembangkang mencadangkan beberapa nama calon Perdana Menteri mereka, Datuk Seri Najib Razak tetap yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih merupakan parti yang kuat dan mampu memenangi Pililhan Raya Umum akan datang.

“Sebenarnya pembangkang tidak berhak untuk mencalonkan Perdana Menteri lagi kerana lantikan untuk jawatan itu bergantung kepada keputusan (PRU),” kata Najib yang juga Presiden UMNO.

Katanya, UMNO merupakan parti terkuat dalam kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya, dan oleh yang demikian parti itulah yang berhak mengemukakan calon mereka untuk jawatan Perdana Menteri.

“Saya telah pergi ke sana sini di seluruh negara, saya tengok UMNO dan BN BN masih kuat lagi,” kata Perdana Menteri semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Presiden UMNO dengan Akar Umbi UMNO Perlis, di Dewan 2020, di sini semalam.

Kata Perdana Menteri, daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, BN memenangi 134 kerusi dan daripada jumlah itu sebanyak 88 kerusi disandang oleh UMNO.

“Jadi tak perlulah mereka cuba menonjolkan si polan ini dan si polan itu untuk jadi Perdana Menteri.
Ada orang pula buka mulut menawarkan dirinya untuk jawatan Perdana Menteri, sedangkan partinya (PPBM) hanya ada satu kerusi Parlimen sahaja berbanding UMNO yang menguasai 88 kerusi Parlimen,” kata Najib.

Merujuk keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada calon Perdana Menteri baru-baru ini, Najib turut bertanya: ”Kini kita nak dengar siapa pula calon Perdana Menteri pembangkang”?

Sementara itu, Najib mengingatkan walaupun UMNO masih kukuh, ahli parti perlu terus bekerja keras dan bergerak sebagai satu pasukan bagi menjamin kemenangan pada PRU akan datang.

Najib juga yakin BN mampu menang semua tiga kawasan Parlimen (Kangar, Arau dan Padang Besar) selain kerusi Dewan Undangan Negeri di Perlis pada pilihan raya akan datang.

“Tidak ada guna kita ada tiga bahagian, tetapi mempunyai tiga kepala yang berbeza… sebaliknya perlu ada satu kepala sahaja, “kata Najib dan meminta ahli UMNO terus mentaati pemimpin.

Beliau juga memuji UMNO Perlis yang sentiasa konsisten dan bersedia untuk menghadapi PRU 14 pada bila-bila masa.

Turut hadiri pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 pemimpin akar umbi UMNO ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, bekas Menteri Besar Datuk Dr. Md Isa Sabu, anggota-anggota Exco, bekas Menteri Luar Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad, ketua-ketua UMNO bahagian dan ketua sayap UMNO. – Kedahnews.com
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment