WAKIL RAKYAT VETERAN DAP KECEWA DENGAN STATUS PEMBANGUNAN DI PULAU PINANG

Wakil rakyat veteran DAP dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw meluahkan perasaan kurang senang dan kecewanya melalui Facebook dengan mengadu mengenai tahap ‘kehijauan’ di negeri Pulau Pinang yang semakin membimbangkan.Ahad lalu, Tan Seng Giaw menulis di halaman Facebooknya, melahirkan kekesalan beliau ke atas apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang dan mengingatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya menjaga alam sekitar.

Kata Tan Seng Giaw dalam Facebooknya dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan dalam bahasa Jawi. Antara kenyataannya seperti berikut; “Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja" dan dalam bahasa inggeris "Going round Penang Island today, we find the coast is changing and Balik Pulau is less green. The population of 850,000 require houses and employment. The priority is to preserve the forest and the green.”

Hasil daripada kenyataan ini, jelas menunjukkan bahawa Kerajaan DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng gagal memelihara hutan dan kehijauan di Pulau Pinang. Bukan wakil rakyat Barisan Nasional yang mempertikaikan perkara ini tetapi agak malu bagi Guan Eng kerana wakil rakyat DAP sendiri yang meluahkan perasaan kecewa tersebut. Kesan kenyataan ini Lim Guan Eng memberi reaksi balas dengan dengan berkata, Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw “tidak dapat dihubungi” pemimpin parti itu sejak awal tahun ini.

Dalam zaman moden ini, adalah agak mustahil dan tidak logik bagi Lim Guan Eng untuk tidak dapat menghubungi Tan Seng Giaw dan tindakan ini hanya dilihat hanya mahu lari dari menerima hakikat sebenar bahawa kerosakan telah berlaku di Pulau Pinang.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment