‘VIDEO ITU HANYA MERAKAM PERBUATAN KAMI, TETAPI PERBUATAN MEREKA DISEMBUNYIKAN’

Insiden keluarga Melayu dikatakan bersikap biadap dengan menunjukkan isyarat tangan lucah serta menyerang pemandu kereta berbangsa Cina yang dikatakan bergaduh disebabkan berebut tapak parking telah tular di media sosial.

Keluarga Melayu itu telah mendapat kecaman netizen, terutamanya adalah wanita bertudung yang menunjukkan isyarat tangan lucah dan membaling seliparnya itu. Tetapi, ada juga pihak yang turut mengecam tindakan pemandu berbangsa Cina tersebut. ‘Kalau tak ada angin, tak akan pokok boleh bergoyang’. “Orang tidak akan marah tanpa sebab, mesti pemandu Cina itu telah provoke keluarga Melayu itu,”.

Setelah lama mendiamkan diri, keluarga Melayu itu telah tampil menjelaskan mengenai kejadian sebenar serta mempertahankan tindakan yang mereka lakukan itu.

“Ketika kejadian tersebut berlaku di bazaar Ramadhan kuah Langkawi pada sekitar pukul 7 lebih. Saya ternampak parking kosong dan tanpa berfikir apa-apa, saya terus saja masuk parking sebab nak kejar masa nak beli juadah berbuka puasa.”

“Bila dah parking itu saya terus mengunci kereta dan berjalan terus menuju ke bazaar, masa saya turun dari kereta memang tak ada siapa pun yang datang tegur saya tetapi tiba-tiba saya nampak cina itu reverse kereta sambal hon panjang dekat saya sampai orang dekat sana semua pandang saya.”

“Saya pun pergilah dekat kereta dia, tanya kenapa hon saya macam itu, selepas itu dia buka tingkap terus marah saya cakap ‘Itu parking saya, bawa kereta itu tak ada lesen ke?’”

“Bila dia dah cakap macma itu saya pun malas nak gaduh saya terus berjalan ke bazaar sebab saya rasa sikap macam itu tak profesional dan langsung tak ada budi bicara terus nak melenting marah ikut suka. Ketika berjalan ke bazaar saya toleh ke belakang dan saya nampak dia tengah merakam gambar kami jadi saya pun patah balik untuk bertanya sebab dia merakam gambar kami.”

“Dia tak menjawab soalan kami malah mengunci pintu depan dan belakang serta menutup semua tingkap sambil menunjukkan penumbuk ke arah kami. Ketika itulah mula terjadi perbalahan antara kami dan menyebabkan saya membalas tindakannya itu, mungkin dalam video tersebut hanya nampak kami yang bersalah sebab video tersebut hanya merakam perbuatan kami, tetapi perbuatan mereka langsung tidak kelihatan.”

“Bagi yang mencaci saya, alhamdullilah saya terima pahala puasa kalian dan bagi yang tahu keadaan sebenar dan mempertahankan tindakan saya, saya ucapkan terima kasih dan hanya Allah dapat membalas jasa kalian. Akhir kata, jika benar saya yang bersalah saya ingin mohon maaf di sini tetapi jika dia bersalah maka saya ingin membersihkan nama saya kembali,” tulisnya.

Apapun, insiden seperti ini bukan pertama kali terjadi yang melibatkan provokasi. Hanya mendengar cerita sebelah pihak saja, kita sepatutnya tidak terus menuding jari menyelahkan satu pihak. Dengar penjelasan dua belah pihak baru anda nilai sendiri. Ingat lagi tentang video seorang anggota polis trafik wanita yang mengamuk dengan orang awam semasa membuat laporan di sebuah balai polis? Video itu hanya dirakam oleh sebelah pihak sahaja, sedangkan kesalahan sebelah pihak lagi disembunyikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana