UMAT ISLAM JANGAN BERI PELUANG KEPADA BUKAN ISLAM...DENGAR TU SEMUA

Umat Islam umumnya dan NGO Islam khususnya diingatkan supaya tidak bersekongkol dengan musuh bagi mengelakkan kejatuhan Islam seperti yang telah berlaku dalam sejarah.

Naib Presiden Isma, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, peristiwa sejarah seperti kejatuhan Andalus dan Baghdad perlu diambil pengajaran agar ia tidak berulang.

“Belajarlah daripada sejarah Andalus, Baghdad, apabila orang Islam mula bersekongkol dengan musuh Allah, maka pada masa itu Islam akan jatuh.

“Walaupun kita solat, walaupun orang mengerjakan umrah setiap minggu, walaupun kita berselawat dan seumpamanya, sekali orang Islam memberikan ruang kepada orang bukan Islam, maka pada masa itu Islam akan jatuh.

“Ini peranan yang perlu NGO mainkan kalau sekiranya parti politik tidak mainkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada forum ‘Hala Tuju NGO Islam’ anjuran Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) di bangunan Perkim di sini semalam.

Ustaz Fauzi memetik kata-kata seorang tokoh ulama pada kurun kelima iaitu Abu Al-Wafa’ ibnu Aqil yang mengatakan jika kita ingin mengukur kekuatan umat pada satu zaman, jangan sekali-kali melihat pada sesak dan ramainya umat di masjid-masjid, dan jangan lihat pada kuatnya laungan mereka di Padang Arafah, tetapi lihatlah pada sama ada mereka bersekongkol atau tidak dengan musuh syariat.

Beliau turut menegur NGO yang menyokong pihak yang mahu Perlembagaan diubah.

“Sebahagian parti bersekongkol dengan DAP, sebahagian parti bersekongkol dengan MCA, jadi apa untung umat Islam apabila NGO juga mengambil sikap yang sama menyokong persekongkolan tersebut? Apa untungnya kepada umat Islam?,” katanya.

Justeru katanya, usaha menyedarkan masyarakat agar tidak bersekongkol dengan musuh adalah satu kelompongan yang perlu diisi.

“Kelompongan ini kalau tidak diisi, segala kebaikan yang dibawa oleh pendakwah-pendakwah kita yang menghidupkan taalim, menghidupkan kuliah, menghidupkan masjid, semuanya akan berakhir dalam sekelip mata,” katanya.

Turut menjadi panelis forum ialah Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Saupi Man.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana