Tunggu Surat Saman Rosmah Sampai....Sapa Nak Buat Fitnah Sila Kan

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) akan mengeluarkan saman ke atas sesiapa yang melakukan serangan tidak berasas terhadapnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui pasukan undang-undang Messrs Noor Hajran Mohd Noor pada Sabtu, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, beliau kerap menjadi sasaran tuduhan tidak berasas yang berniat jahat.

"Serangan ini adalah tuduhan palsu yang dibuat tanpa sebarang bukti atau asas dengan niat yang jahat dan menjatuhkan reputasi beliau.

"Kami sedang memantau semua posting yang dikongsikan di laman sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain yang berkaitan dengan serangan palsu serta berniat jahat terhadapnya," menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut memberi amaran kepada orang awam agar tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mengelirukan masyarakat dan memutar belit fakta.
"Lebih spesifik, penerbitan dan posting yang dibuat tanpa sumber yang sah dan tidak berasas bagi menyemai kebencian serta bersifat serangan politik," kata kenyataan itu, tambahnya sebarang  entri yang membawa maksud begitu akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana