Tolak jawatan PM... Helah Anwar redakan perebutan kuasa

Orang-orang lama dalam politik ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan ahli politik yang berpegang pada janji. Apa saja boleh jadi apabila berdepan dengan 'haiwan politik' yang satu ini.

Tahun 1978 ketika beliau masih menjadi Presiden ABIM, Anwar suruh anak-anak buahnya dalam ABIM masuk PAS sebagai calon pilihanraya parti itu yang hebat dilanda krisis dalaman antara Presiden PAS Datuk Asri Muda dan Datuk Mat Nasir (MB PAS Kelantan) ketika itu.

Tak lama kemudian Anwar dengan muka tak malunya masuk UMNO dan dijadikan menteri belia oleh Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

Beliau bukan orang yang boleh dipegang janji dan kata-katanya.

Bagi prang lama yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, beliau tidak percaya keputusan Anwar yang tidak mahu menawarkan diri sebagai calon PM jika Pakatan Harapan (PH) menang PRU ke-14 dan menawan Putrajaya.

Malah beliau menyifatkan kenyataan yang dibuat bekas Timbalan Perdana Menteri itu baru-baru ini “hanya sebagai satu helah dan strategi politik Anwar.”

"Dia tidak menawarkan diri sebagai PM... you  percaya ke cakap dia tu, saya tak percaya itu semua strategi dia... dia tidak mahu ada pertelingkahan dalam gabungan Pakatan Harapan.

"Jangan heboh pasal calon PM... fikir kepada kerja untuk pilihan raya menang dulu sudah menang besok barulah siapa-siapa nak jadi PM baru diputuskan... boleh jadi dia (Anwar)  dan kalau dia ditawarkan ingat dia nak tolak tak ada nye nak menolak. . . ini taktik politik Anwar Ibrahim,’’ katanya.

Tajuddin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Aura Ramadan anjuran TAJ International College (TIC) di Dewan TAJ, Ipoh pada malam tadi (Isnin).

Menurutnya lagi, beliau mengenali Anwar Ibrahim begitu lama dan tindakan Anwar membuat kenyataan seperti itu hanya merupakan satu strategi Anwar.

"Saya lebih kenal lama dia (Anwar)... this is his punyai strategi he wants all opposition parti yang bergabung tu focus on the PRU 14 untuk menang pilihan raya tapi masalahnya dia tidak boleh menang walaupun  dia main strategi begitu.

"Apa jalan nak menang PAS pun dah tak sokong... dulu PKR boleh dapat menang beberapa kerusi kerana mendapat sokongan daripada PAS,’’ katanya.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak seterusnya mempertikaikan kemampuan  Pakatan Harapan yang menurutnya semakin hambar kerana tidak mendapat sokongan PAS.

"So dalam keadaan senario ketika ini macam mana Pakatan Harapan nak menang kerana keadaan politik dan ekonomi negara stabil... orang boleh bekerja mencari rezeki dengan kegiatan masing-masing.

"Kita bukan seperti satu keadaan di mana dalam keadaan kelam kabut seperti negara luar di sana tu... jadi orang kata semuanya positif,’’ kata Tajuddin.

Pembangkang terus bertelagah dalam isu siapa layak menjadi Perdana Menteri Ke-7.

Awal bulan lalu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan kembali memegang jawatan Perdana Menteri ketika PKR yang mendapat sokongan DAP mahukan Anwar menduduki jawatan berkenaan.

Dalam satu kenyataan Anwar memutuskan untuk menolak jawatan PM jika PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan menghadapi PRU berkenaan. Anwar berkata, perhatian seharusnya tertumpu ke arah memenangkan calon PH pada PRU-14, manakala isu lain termasuk perebutan kuasa, kedudukan dan keterlanjuran kata kurang sopan dalam kalangan pimpinan tidak sepatutnya dibenarkan

Anwar berkata, PH perlu mengekalkan tradisi musyawarah dan konsensus seperti mana pengalaman pakatan pembangkang sebelum ini.

Beliau berkata, semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama, dengan pengerusi hanya sebagai penyelaras, manakala segala persiapan dan agenda mesyuarat dikendali oleh sekretariat bersama mewakili semua parti.

"Adapun usul PPBM untuk merombak struktur PH dengan pimpinan utama parti berkenaan menguasai jawatan Pengerusi dan Presiden dalam struktur baru PH dikhuatiri akan merombak kerangka PH menjadikannya mirip BN.

"Maka kesediaan semua pihak dalam PH untuk meneliti semula dan meminda cadangan berkenaan dengan mengekalkan muafakat asal PH adalah dialu-alukan," katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment