Tidak mustahil UMNO kerjasama dengan Pas jika Cina terus tolak BN

KUALA LUMPUR – Sekiranya Barisan Nasional (BN) terus ditolak oleh pengundi Cina tidak mustahil untuk BN yang diterajui oleh UMNO untuk bekerjasama dengan Pas, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Dalam satu temubual bersama MalaysiaGazette, Zainal Abidin berkata perkara itu tidak mustahil dilakukan BN sekiranya parti komponen BN antaranya MCA dan Gerakan terus gagal mendapat kepercayaan masyarakat Tionghoa di negara ini.

“Tidak mustahil kalau masyarakat Cina buang BN, dan buang BN daripada kamus hidup mereka, undi kepada BN tidak sampai 4 peratus.

“Mungkin UMNO kena kerjasama dengan Pas pada PRU14 dan menang 120 kerusi dan Pas 30 kerusi. Mungkin Pas akan jadi rakan kerjasama kerajaan untuk buat status dua pertiga,” katanya.
Ujarnya lagi, sekiranya UMNO dan Pas bekerjasama membentuk kerajaan, ia merupakan menjurus kepada pelaksanaan dasar-dasar Pas-UMNO yang akan memberikan kerugian besar kepada masyarakat Cina.

“Kalau orang Cina nak negara diperintah oleh orang Melayu dan Islam secara keseluruhannya, bagi sahaja UMNO dan Pas perintah. Kalau itu yang masyarakat Cina mahu.

“Kalau mereka boleh fikir dengan lebih baik, maka mereka kena fikir kemajmukan yang kita bina dalam negara ini yang diperintah oleh semua kaum, elok mereka kembali menyokong BN supaya dengan ini dapat membangunkan negara ini,” ujarnya lagi.
Prestasi MCA dan Gerakan merudum pada dua PRU lalu apabila gagal mempertahankan negeri Pulau Pinang yang kini dipimpin DAP.

Malah MCA cuma menang tujuh kerusi parlimen daripada 37 buah kerusi dan 11 kerusi daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). -MalaysiaGazette.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment