TIDAK JAWAB PERSOALAN DIBANGKITKAN, SYED SADDIQ SANGGAH KENYATAAN EXCO ARMADA

Kenyataan media yang dibuat oleh EXCO Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Hafiz Azhar semalam tidak mencerminkan pendirian Armada pusat.

Menurut ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tindakan Hafiz itu hanyalah menyatakan pendirian beliau sebagai individu bukan sebagai EXCO Armada.

“Saya telahpun berbincang dengan kesemua 23 EXCO saya dan mereka sendiri terkejut dengan sidang media yang dilakukan secara tiba-tiba oleh Saudara Hafiz Azhar yang menggunakan nama ARMADA

“Walau bagaimanapun, saya tetap meraikan perbedaan pendapat daripada semua pihak termasuk EXCO saya sendiri.

“Saya telah pun cuba menghubungi beliau beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau tetapi beliau tidak dapat dihubungi,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Untuk rekod, Hafiz semalam di dalam kenyataannya meminta Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tampil membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka seperti isu mengenai kekayaan luarbiasa yang dimiliki oleh anak-anak Mahathir serta skandal Muhyiddin dengan seorang wanita bernama Nika Ghee.

Syed Saddiq walaubagaimanapun di dalam sidang medianya tidak menyatakan samada kedua-dua pemimpin tertinggi PPBM itu harus membersihkan nama mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana