Siti Kasim Kutip Derma Saman Jawi Pertahan LGBT

Siti Kasim menyeru para penyokongnya beramai-ramai menyumbang derma bagi membiayai perjuangannya. Seruannya semata-mata untuk menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan juga bagi menampung kosnya mempertahankan diri di mahkamah.

Siti Kasim menegaskan yang beliau akan melawan JAWI habis-habisan, dan menyeru rakyat Malaysia agar menyokong perjuangannya itu. “Kita jangan benarkan sesiapa pun untuk menunjukkan kekuatannya hanya kerana mereka ingat mereka boleh melakukannya,” tegas Siti Kasim.
Ini berikutan apabila Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Jun lepas dan didakwa atas tuduhan “menghalang tugas penjawat awam” di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pada April tahun lepas, Siti Kasim dikatakan telah menghalang pegawai penguatkuasa JAWI menjalankan tugas semasa JAWI mengadakan serbuan di satu acara mak nyah di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Siti Kasim berikrar di hadapan pihak media bahawa beliau akan terus mempertahankan hak LGBT.

“Saya takkan mengalah dan akan teruskan apa yang selalu saya buat; pertahankan hak semua orang bukan sahaja komuniti LGBT, tetapi komuniti yang lain juga. Semua orang harus berani pertahankan hak mereka,” ikrar Siti Kasim. “Kita harus menghentikan tindakan ini. Bagi saya serbuan ini satu tindakan menyalahi undang-undang terhadap komuniti mak nyah!” tegas beliau.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment